Kongres Kentang Sedunia di Dublin bincang tentang perniagaan industri kentang

Hebahkan !!!

DUBLIN, Ireland – Kongres Kentang Sedunia ke-11 yang dianjurkan di sini pada Isnin, menarik lebih 1,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Xinhua menurut penganjur.

Ia kali pertama diadakan secara bersemuka sejak pandemik COVID-19.

Sepanjang acara empat hari itu, para perwakilan akan membincangkan cabaran dan peluang dalam perniagaan kentang, kesihatan dan pemakanan, inovasi, kelestarian, keselamatan dan pembangunan makanan.

Pelbagai produk kentang serta teknologi dan peralatan berkaitan kentang juga akan dipamerkan pada acara yang diadakan di Royal Dublin Society, lokasi utama untuk menganjurkan aktiviti berskala besar di ibu negara Ireland.

Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Qu Dongyu, berkata kongres itu “berlangsung pada masa kritikal apabila seluruh dunia mesti menangani masalah keselamatan makanan, rantaian bekalan global di samping memastikan sistem pertanian makanan yang mampan, tanpa mengabaikan sesiapa.”

Dianjurkan oleh Persekutuan Kentang Ireland, acara itu juga akan membawa para perwakilan mengikuti lawatan lapangan ke beberapa ladang kentang tempatan.

Leave a Reply