Datuk Aishah sudah malas hendak marah-marah kerana sudah berumur

Hebahkan !!!

Penyanyi bertaraf lagenda, Datuk Aishah Ariffin, 58 tahun, kesal kerana pasangan suami isteri bergelar pereka fesyen tempatan yang terlibat dalam sengketa kegagalan menyiapkan busananya dilihat tidak mengambil pengajaran dengan apa yang terjadi.

Menurut Aishah, dia yang telah bertindak menegur perbuatan cuai dan sikap acuh tak acuh pasangan pereka fesyen tersebut bagaimanapun berasa pelik kerana kedua-dua mereka bertindak menyekat akaun Instagramnya.

“Apabila segala yang terjadi, saya menegur pereka fesyen suami isteri ini dan juga membatalkan permintaan saya untuk mereka buatkan baju untuk sebuah lagi acara persembahan.

“Bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi saya takut nak ambik risiko semput menunggu baju.Sebenarnya di usia begini, saya dah malas nak marah-marah.

“Jadi penat, semput dan ia sesuatu yang toksik untuk diri kita. Saya ingatkan pasangan ini akan menjadikan apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.Tetapi apa yang saya lihat, mereka sekat IG saya,”katanya.

Aishah berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya pada malam tadi.
Ia dipercayai rentetan semalam, timbul isu busana persembahannya yang didakwa tidak siap pada tarikh yang dipersetujui.

Hal itu juga telah menyebabkan dirinya diserang penyakit semput, sakit dada dan panik kerana cuba menahan marah selain perlu meneruskan tugasnya di acara persembahan.

Dalam pada itu, Aishah tidak menolak kemungkinan pasangan pereka fesyen terbabit bertindak menyekat akaun Instagram Aishah kerana bimbang penyanyi ini menyebarkan nama mereka di media sosial.

“Melihat kepada tindakan mereka itu, saya siap padam tag saya pada status memakai busana mereka sebelumnya. Supaya, orang lain tak dapat kesan mereka.

“Biarlah status saya menjadi luahan kekesalan saya saja di sini,” katanya.

©Utusan Online

Leave a Reply