Muhyiddin mahu jadi Perdana Menteri demi selamatkan diri dari UMNO

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Muhyiddin Yassin adalah sisa sisa kerajaan Pakatan harapan yang dikenali sebagai sebuah kerajaan yang menipu rakyat.

Kemudian kerana takut Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri , Tun Mahathir pun membuat satu skim menyelamatkan diri dari Anwar menjadi Perdana Menteri dalam apa yang dinama kan sebagai “Sheraton Move”.

Maka , jadi lah Muhyiddin Yassin Perdana Menteri melalui pintu belakang.

Maka , Mahathir pun berlakon bergaduh dengan Muhyiddin tanpa sedikit pun Mahathir cuba buat satu gerakan atau tindakan menjatuhkan Muhyiddin walaupun ia lebih mudah kerana Muhyiddin bergantung kepada sokongan tipis.

Apabila Muhyiddin menjadi Perdana Menteri , maka banyak wang negara telah dibelanjakan oleh nya dalam waktu singkat (17 bulan RM600 bilion)

Selain bajet tahunan , tambahan RM290 bilion juga telah dibelanjakan menjadi keseluruhan yang dibelanjakan oleh kerajaan Muhyiddin sebanyak RM600 bilion.

Muhyiddin memerintah didalam keadaan darurat dimana separuh dari rakyat Malaysia berkurung didalam rumah.

Muhyiddin juga berbelanja Ketika Parlimen digantung dan tidak boleh disoalsiasat kemana wang itu semua dibelanjakan.

Tambah lagi Menteri kewangan dan semua Menteri yang berada di posisi penting masih lagi orang orang yang pro-Muhyiddin (Mahathir)

Pendedahan Shafie Apdal bahawa Muhyiddin ada menghubunginya untuk membuat satu Kerjasama poitik jelas menunjuk kan Muhyiddin masih bernafsu mahu menjadi Perdana Menteri.

Shafie menjelaskan dia tidak ada halangan pada niat Muhyiddin namun tidak akan berkerjasama atau menyokong nya.

Dalam perbualan itu, Muhyiddin ada memberitahu Shafie berkenaan sokongan yang diterima dari ahli Parlimen lain asudah mencecah 119 dan sudah boleh membentuk kerajaan.

Namun , Shafie sebagai ketua parti WARISAN tidak bersetuju untuk menyertai nya.

Untuk pengetahuan , sebelum menghubungi Shafie Muhyiddin ada membuat pertemuan bersama Tun Mahathir lalu Tun Mahahir mendedahkan bahawa Muhyiddin berminat untuk menjadi Perdana Menteri dan mahu sokongan nya.

Sebenarnya , Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi bukan lah menjadi satu rahsia dan apa yang didedahkan oleh Tun Mahathir juga bukan satu rahsia.

Yang menjadi rahsia adalah sebab sebab hendak menjadi Perdana Menteri.

Ia satu kemestian demi menghalang Barisan Nasional menguasai kerajaan.

Buat masa ini, Muhyiddin dan Tun Mahathir masih terselamat kerana Datuk Seri Ismail Sabri ada lah Perdana Menteri tanpa kuasa penuh.

Semua tahu DSIS dilantik dalam satu perjanjian sulit dengan pemimpin PPBM dan PAS.

Wan Saiful Wan Jan sering peringatkan DSIS berkenaan perjanjian itu dan Datuk Ahmad Maslan sering menyindir Wan Saiful agar mendedahkan perjanjian yang mengikat itu.

Setelah dipilih oleh kepimpinan PPBM maka , pemimpin UMNO berlaku ‘gentleman” dan “endorse” DSIS kerana tidak mahu “rock the boat”.

UMNO tidak mahu negara huru hara.

Seperti kata Datuk Muhamad Hassan ‘Perdana Menteri dari UMNO tapi bukan Perdana Menteri UMNO’.

Kini, amat jelas bahawa Muhyiddin Yassin terpaksa membuat satu gabungan baru untuk menghalang kemaraan Barisan Nasional dan UMNO untuk PRU15.

Muhyiddin sangat takut kepada penguasaan BN kerana selama ini banyak perkara terlindung dan tidak terdedah.

Alasan tidak mahu “kluster mahkamah” menjadi kerajaan sekadar slogan sahaja.

Kes kes mahkamah pemimpin UMNO semua hanya rekaan dan bakal digugurkan jika ambil kira kebenaran.

Kes terhadap Ahmad Zahid ada pada pemimpin PKR dan DAP.

Menerima wang derma dan sumbangan dijadikan kes juga boleh dikena kan kepada pemimpin PKR , PPBM dan DAP.

Tanyalah Rafizi dari mana dia dapat dana untuk menguruskan badan badan yang di ketuai.

Atau jadikan Tabung Harapan satu kes pun boleh juga.

Kes Datuk Seri Najib juga ada pada Zeti Akhtar, Nazlan Ghazali dan Nor Yakob.

Maka , jelas, Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri atas sebab ketakutan UMNO akan selongkar pelbagai perkara sebaik sahaja menjadi kerajaan.

Memang banyak perkara boleh dijadkan kes.

Menang kalah dimahkamah perkara kedua, asalkan boleh menyusakan musuh politik sudah memadai.

Ini sangat ditakuti oleh Muhyiddin.

Itu sebenar nya sebab sebab Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan akan dbantu oleh Mahathir dan Rafizi untuk menghalang UMNO melondehkan nya.

Leave a Reply