Kemenangan Rafizi petunjuk jelas PKR sudah berpecah

Hebahkan !!!

Setakat ini, secara tidak rasmi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan PKR kali ini menewaskan penyandang jawatan itu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Kemenangan bekas wakil rakyat di Parlimen Pandan itu diperoleh kerana mendapat undi tertinggi sebanyak 66,359 di kebanyakan cabang di negeri-negeri.

Selepas diumumkan keputusan rasmi nanti, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bergandingan dengan Rafizi menerajui parti berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Kemenangan Rafizi sebenarnya ada bawa petunjuk besar berkaitan kekuatan parti berkenaan.

Ia sebenarnya menunjukkan PKR sebenarnya sudah berpecah teruk sehinggakan seorang pemimpin yang lama menghilangkan diri dari politik dan tiba-tiba timbul pada tahun pemilihan diadakan untuk bertanding dan menang jawatan nombor dua dalam parti.

Jika parti kuat, orang yang sentiasa bersama dalam parti sepanjang masa ini sepatutnya menang kerana dia buat kerja bukannya orang yang tiba-tiba datang semula.

Pada bulan Disember 2019, beliau umum untuk bersara dari politik kerana mahu memberi fokus kepada bidang lain tapi kemudian muncul semula pada tahun ini.

Selain parti berpecah, Anwar akan berdepan dengan pelbagai formula “bijak” ciptaan Rafizi untuk kononnya memperkuatkan parti. Silap percaturan, formula berkenaan ialah untuk perlahan-lahan menyingkirkan Anwar dari terus memipin parti berkenaan.

Mungkin ahli PKR mahu seorang individu yang ada gaya kepimpinan baharu mula mengorak langkah untuk menukar kepala parti sekarang yang telah lama memimpin parti sejak mula-mula ia ditubuhkan lagi pada tahun 1999 tetapi dengan rekod amat buruk.

Sentiasa gagal membentuk kerajaan dan pemimpinnya sentiasa gagal jadi Perdana Menteri tetapi lama dalam penjara berbanding di luar.

Bagi Saifuddin, ia satu tamparan hebat dengan reputasinya pernah dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng satu masa dulu. Strategi parti pun gagal sehingga diri sendiri kalah. Ia jelas satu kegagalan buat beliau.

Leave a Reply