Dakwaan Raja Petra,  Sri Ram pengatur hakim dan pengatur kes sangat serius dan perlu tindakan pihak berkuasa.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Baru baru ini dalam satu siaran video , Raja Petra Kamaruddin telah mendakwa bahawa Gopal Sri Ram adalah individu yang mengatur kes kes dimahkamah, baik dari cara kes sepatut dilaksanakan dan juga didakwa sebagai orang yang terbabt mengatur hakim mana yang patut mendengar kes.

Dakwaan ini sangat serius dan mendatangkan kesan buruk masyarakat terhadap badan kehakiman negara yang sudah pun tercemar.

 

Persepsi kes boleh diatur dan keputusan kes boleh diatur sudah pun lama diketahui oleh orang orang biasa , bahkan keputusan sesuatu kes juga orang tidak berpelajaran boleh meneka penghujung nya sama ada OKT akan didapati bersalah atau pun tidak.

Dakwaan terbaru RPK ini perlu perhatian pihak tertentu yang bertanggungjawap berkenaan keluhuran undang2 negara.

Semenjak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan VK Lingam dengan skandalnya sahaja sudah pun cukup mencemar nama baik institusi kehakiman.

Kemudian Tun Mahathir pula menambah buruk keadaan dengan isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Sallleh Abbas.

Semenjak itu keadaan sudah tidak sama lagi.

Badan Kehakiman tidak dilihat dan dinilai dengan sepatutnya semenjak Tun Mahathir memberi serangan terhadap Ketua Hakim Negara.

Apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri , langkah berbaik baik dengan badan kehakiman mula dicorak.

Pentadbiran Tun Lah telah membiyai majlis makan malam kehakiman dan juga membayar pampasan kepada beberapa orang hakim yang dianayai oleh kerajaan Tun Mahathir.

Langkah Tun Lah sangat menakutkan Mahathir dan beliau ketakutan langkah berbaik ini akan akhir nya mengakibatkan Tun Lah dihasut untuk bertindak terhadap Tun Mahathir yang sememang nya banyak kes boleh diujudkan.

Akhirnya Tun Lah Berjaya di”topple”kan oleh Tun Mahathir dan Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Terkini, apabila Raja Petra membuat pendedahan berkenaan kerja kerja belakang tabir Gopal Sri Ram, dan campurtangan nya, maka ia perlu perhatian serius dan harus sesuatu bentuk tindakan diambil untuk menyiasat kebenaran apa yang didakwa oleh Raja Petra.

Beberapa bulan sebelum ini, telah terdedah bahawa Gopal Sri Ram juga terbabit dalam konflik kepentingan dengan kes dihadap oleh Datuk Sri Najib Razak apabila didedahkan oleh Tan Sri Appandi Ali bahawa dia telah datang kekediaman TS Appandi atas arahan Mahathir untuk menangkap Najib Razak.

Kes belum dibuka dimahkamah, belum disiasat tetapi hukuman telah mendahului.

Ini menunjukkan satu bentuk konflik kepentingan kerana niat itu kemudian diterjemah kepada realiti apabila Sri Ram menjadi pendakwa terhadap DSNR.

Selain Sri Ram miliki kedudukan “ConfLict of interest” hakim Nazlan Ghazali juga terdedah melalui bukti terbaru alami kedudukan yang sama.

Pada kesemua hal ini , dalam video RPK beliau turut mendakwa Tun Mahathir juga terbabit dalam kesemua hal ini.

Maka , tanpa berlenggah lenggah lagi, pihak berkuasa seharusnya ambil tahu akan dakwaan ini kerana imej badan kehakiman begitu tercalar dan ini ada lah akibat perbuatan anggota mereka sendiri.

Keyakinan rakyat akan pupus terhadap badan kehakiman ditambah lagi dengan kisah seorang hakim nya cuba dilindungi kerana didakwa menerima rasuah.

 

 

i

 

 

Leave a Reply