Kalau ada jawatan kosong pantas bersuara, hal rakyat diam membisu

Hebahkan !!!

Ada satu kumpulan anggota dan pemimpin dalam satu parti begitu pantas memberikan kenyataan atau bersuara jika ada kekosongan jawatan tetapi amat lembap bersuara jika ada perkara berkaitan rakyat.

Itulah pemimpin di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika ini tengah sibuk keluarkan kenyataan selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodiri, Datuk Zuraida Kamaruddin umum letak jawatan sebagai Menteri dan umum keluar dari Bersatu.

Semalam, dalam satu kenyataan Zuraida umumkan akan sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sudah terkenal sebagai parti tempat orang melompat.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat laju memberikan kenyataan bahawa kekosongan itu akan diberikan kepada Bersatu walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat sebarang pengesahan lagi berkaitan peletakan jawatan itu.

Pada masa ini, rakyat di seluruh negara sedang berdepan dengan krisis kekurangan bekalan bahan makanan seperti ayam serta kenaikan harga barang makanan lain yang sudah berlarutan beberapa minggu.

Tapi sejak masalah ini bermula, Muhyiddin dan para pemimpin lain dalam parti Bersatu diam seribu bahasa. Langsung tidak buat kenyataan untuk bantu Ismail Sabri dalam mencari jalan penyelesaian segera untuk rakyat. Setidak-tidaknya beri kenyataan bahawa kerajaan akan bantu meringankan beban bukannya diam.

Bagaimanapun, ada sahaja kekosongan jawatan Menteri, pantas keluarkan kenyataa. Kedudukan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) juga tidak seiring dengan apa yang dilakukannya sekarang.

Oleh sebab itu, MPN mesti dibubarkan kerana ia sudah tidak boleh berfungsi.

Bukan sahaja pantas, Muhyiddin juga dikhabarkan akan menghantar nama baharu kepada Ismail Sabri untuk diisi memegang jawatan berkenaan.

Untuk rekod, pemilihan anggota jemaah Menteri ada hak kuasa mutlak Perdana Menteri dan tidak boleh diganggu.

Apabila hal harga barang naik semua tidak berkata apa-apa langsung.

Leave a Reply