Rakyat perlu tahu Kandungan siasatan Pulau Batu Puteh, kerajaan harus dedah hasil siasatan

Hebahkan !!!

Dilaporkan bahawa “Task force” yang diamanahkan oleh kerajaan untuk menyiasat berkenaan terlepas nya Pulau Batu Puteh ke Singapura sudah pun menyiapkan laporan interim mereka.

“Task force” yang diketuai oleh bekas setiausaha kerajaan Tan Sri Appandi Ali telah menyiapkan dapatan mereka berkenaan apa yang telah berlaku dan kronoloji dimana akhir nya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir telah sewenang wenang nya secara bersendirian membuat keputusan menarik diri dari membuat tuntutan terhadap pulau itu.

Laporan interim itu telah pun diserahkan ke bawah Duli Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar oleh Menteri  Undang undang berkaitan Wan Junaidi Tunku Jaafar pada 15 haribulan Mei lalu.

Ketika penyerahan laporan awal itu, Tuanku Sultan juga memberi pesan bahawa , se elok nya laporan itu juga diumumkan isi kandungan nya kepada rakyat seluruh negara untuk pengetahuan mereka.

Kami di My-News.online sangat bersetuju dengan saranan Tuanku Sultan atas sebab ia nya berkepentingan awam dan berkaitan kedaulatan negara kita.

Jika kisah 1MDB boleh disebarkan keseluruh dunia sambil memalukan negara, kenapa kisah terlepas nya Pulau milik negara jatuh ke tangan Singapura tidak boleh didedahkan isi kandungan laporan siasatan RCI itu.

“Sultan Ibrahim reiterated that the special task force must make known to the public the real reason why the government under then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad decided to abandon the case in 2018.

“This is a question of Johor’s honour and sovereignty. The people of Johor have a right to know why the Pakatan Harapan government did not pursue the case at the International Court of Justice (ICJ),” His Majesty said”.


Maka , kerajaan seharus nya menimbangkan saranan Tuanku Sultan demi kepentingan negara dan biar rakyat tahu apa sebenar nya terjadi yang mendorong Tun Mahathir membuat keputusan sendiri.

Sama ada sebarang ugutan telah terjadi kerana Singapura mengetahui banyak maklumat akaun akaun  sulit kroni Tun Mahathir di Singaoura, atau pun ada sebarang “deal” telah dibuat secara sulit , kerana sejarah menjual aset negara Ketika kerajaan 22 bulan memerintah sangat berleluasa dengan banyak aset negara telah tergadai.

Apa pun elok sangat didedahkan kepada umum dapatan “task force” berkenaan hasil siasatan mereka.

Leave a Reply