Kesan besar kepada konspirator, bila Nazlan dan Zeti didakwa.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Sebaik sahaja Peguam Negara Idrus Harun memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap Hakim Nazlan Ghazali telah berada ditangan nya, maka banyak lah reaksi berkaitan nya dapat kita lihat datang dari pelbagai pihak.

Pelbagai pendapat telah diberi oleh pelbagai pihak, baik yang menyokong Pakatan Harapan mahu pun yang proNajib Razak.

Bagi yang pro Pakatan Harapan, mereka seolah olah takut kepada siasatan terhadap Nazlan.

Seolah olah menyiasat Nazlan bakal terdedah sesuatu.

Sepatutnya jika kebenaran diambil kira, mereka lah yang seharus suka kepada siasatan.

Namun, sebelaik nya.

 

Pada mereka yang proDSNR yang dari awal mengetahui kes bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk penjarakan Najib , mereka amat suka Nazlan didakwa seperti mana DSNR didakwa.

Pada keseluruhan isu ini , amat menarik untuk kita ketahui , apa sebenar nya terjadi dan bagai mana dalam jumlah ribuan hakim yang ada didalam negara, Nazlan pula yang dilantik mendengar kes DSNR menggantikan hakim sebenar Datuk Suffian.

Ramai rakyat percaya , ada kepala dalang yang mengetuai semua rencana mendakwa DSNR sambil cuba selamatkan Zeti Akhtar , Nor Yakob dan Nazlan.

Ada seorang veteran UMNO yang sangat popular dilaman Facebook yang ada puluhan ribu ‘followers”, membuat siaran video dan menyatakan melalui maklumat dia perolehi, DSNR akan dibabaskan berandaikan beberapa sebab.

Antaranya, Hakim sendiri berada didalam kekhilafan dan hakim sendiri yang perlu disiasat.

Maka atas sebab itu, Ketika menjatuhkan hukum, hakim berkedudukan tidak “valid”.

Bagaimana seorang yang tidak sah dan tidak patut pun menjadi hakim boleh menjatuhkan hukuman?

Maka dakwanya , jika kedudukan hakim itu sendiri ‘invalid’ maka keseluruhan ‘hearing” diadakan didalam keadaan tiada asas .

Penulis politik tersohor yang beroperasi di luar negara Raja Petra Kamruddin pula pada siaran video nya menyatakan kes terhadap DSNR terlalu banyak pincang dan ada ‘strong ground’ DSNR akan bebas dan dilepaskan atas beberapa sebab.

Antara sebab paling ketara ada lah Nazlan sebagai salah seorang yang terbabit meluluskan penubuhan syarikat SRC Ketika menjawat kedudukan sebagai Peguam Maybank dan berada didalam komiti yang memutuskan kelulusan penubuhan SRC.

Apa yang menarik adalah kenyataan Nazlan Ketika menggulung hujah menjatuhkan hukuman terhadap DSNR ada lah beliau mendakwa bahawa DSNR menubuhkan SRC semata mata untuk mencuri dari nya.

Kemudian didapati dari dokumen Maybank dan minit mesyuarat yang dibocorkan, bahawa Nazlan dan team Maybank nya yang meluluskan dan tiada kaitan DSNR.

Malah , surat menyurat juga bukan di alamatkan kepada DSNR bahkan kepada Sharol sebagai CEO, dimana Sharol pula menjadi saksi kepada pihak pendakwa.

Maka , jelas, kes tersangat pelik dan luar biasa , ditambah pula dengan ketiadaan nama yang sering diguna oleh para saksi ia itu Jho Low dan Nik Faisal.

Pada kebanyakan hal, hampir semua persaksian diatas kenyataan mulut dan bukan pembuktian dokumentasi atau “hard evidence”.

Atas sebab kelemahan kes, maka media pro Pakatan Harapan terpaksa membantu untuk memberi gambaran salah dan jahat setiap kali saksi pendakwa memberi keterangan dan amat jarang menyiarkan jawapan saksi yang sama bila disergah oleh pihak pembela.

Konklusi kepada semua perkara ini ada lah apa kesan nanti apabila dua watak yang akan didakwa ia itu Nazlan dan Zeti Akhtar akan menjawap didalam mahkamah?

Sama ada mereka akan cuba melepaskan diri dengan memberi nama mereka mereka yang sekian lama memberi arahan atau mereka akan tanggung sendiri seerti Nor Yakob mengaku pada kes FOREX RM30 bilion.

Sambil itu, kita kena juga perhatikan siapa hakim dan peguam pendakwa yang akan dilantik untuk menggendalikan kes ini.

Kerana ini juga ada kesan kepada pendawaan.

Kesangsian ini terlahir kerana kes Zeti begitu lama untuk dibawa ke mahkamah  seolah olah ada kerja bida membida dibelakang tirai.

Apapun sudah pasti ‘ketua konspirator” akan terus berencana untuk memastikan diri mereka tidak terdedah secara rasmi, walaupun dimerata ruang medsos hampir semua netizen sudah mengesayki siapa mereka , baik yang lantang berkata kata , mahu pun yang terus berdiam diri sambil buat kerja secara sulit dibelakang tabir.

 

 

Leave a Reply