Ikan di Kelantan naik harga 20 peratus

Hebahkan !!!

KOTA BHARU – Kenaikan harga ikan sehingga 20 peratus di Kelantan disebabkan bekalan kurang kerana nelayan tidak dapat ke laut berikutan cuaca buruk sejak seminggu lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kota Bharu, Muhammad Asri Mat Yatim, 60, berkata hujan lebat berserta ribut membahayakan nyawa nelayan, sekali gus mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut sejak seminggu lalu.

“Bekalan kurang menyebabkan harga ikan naik, juga menjejaskan pendapatan nelayan. Namun, kenaikan harga ini hanya bersifat sementara, jika cuaca kembali baik, semua nelayan dapat ke laut dan bekalan akan kembali seperti sebelum ini,” katanya yang menjadi nelayan sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, lebih 1,000 ahli Persatuan Nelayan Kota Bharu kini hanya bergantung kepada wang simpanan dan duit sara hidup sebanyak RM300 sebulan yang diberi oleh kerajaan untuk menampung kehidupan keluarga.

Pengguna, Muhamad Hassan Idris, 67, berkata harga ikan naik mendadak, dengan harga ikan selayang kecil kini RM12 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini dan kerisi naik kepada RM16 sekilogram berbanding RM10.

“Namun pengguna tidak mempunyai pilihan. Kenaikan ketara menyebabkan pengguna terbeban kerana kos hidup juga semakin meningkat. Saya harap kerajaan atau pihak berkaitan pantau harga bahan mentah termasuk ikan kerana harganya kini membebankan rakyat terutama yang tiada pendapatan tetap.

“Walaupun harga ikan atau barangan mentah lain naik, rakyat tetap membeli kerana ia adalah barangan keperluan harian,” kata pesara tentera ini ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, hari ini.

Pengusaha kantin sekolah, Ab Manan Ahmad, 32, berkata dia sangat terkesan dengan kenaikan harga ikan, ayam segar dan barangan keperluan lain.

“Bekalan kurang menyebabkan harga, termasuk ikan tempatan dan ikan kotak (sejuk beku) naik. Kami sebagai peniaga terpaksa membeli ikan kotak bagi memenuhi keperluan pengguna, namun harganya juga meningkat.

“Modal yang perlu dikeluarkan peniaga juga naik, keuntungan diperoleh jadi sedikit dan pada masa sama perlu menanggung kos lain, termasuk gaji pekerja,” katanya.

©Berita Harian

Leave a Reply