Tumpuan Rakyat kini kepada Peguam Negara Idrus Harun berkaitan dua kes berprofil tinggi babit Zeti dan Nazlan.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajudin Ahmad

Peguam negara  Idrus Harun , melalui laporan akhbar telah memaklumkan bahawa pejabat nya telah sah menerima hasil siasatan SPRM berkenaan Nazlan Mohd Ghazali ,Hakim yang menjatuhkan hukuman terhad Datuk Seri Najib Razak pada kes 1mdb/SRc tahun lalu.

Nazlan yang terkenal dengan kenyatan “National Embbarrestment’ Ketika menggulung hujah hukuman terhadap DSNR telah disiasat oleh PDRM dan juga SPRM.

Namun pada siasatan yang dilakukan oleh PDRM, isi siasatan terhadap nya tidak dimaklumkan oleh Polis, bahkan siasatan juga tidak diumumkan oleh PDRM.

Setelah itum seorang orang penulis politik dan juga seorang bloggers Raja Petra Kamarudin yang juga penggendali portal Malaysia Today telah memperolehi maklumat berkaitan nya yang dikirim oleh pihak tertentu dari Malaysia lalu mendedahkan nya.

Akibat pendedahan oleh RPK , kemudian SPRM pula menyiasat Nazlan dan kini SPRM telah membuat kenyataan rasmi bahawa hasil siasatan telah diserah dengan lengkap kepada pejabat Peguam Negara.

Apa yang akan menjadi tumpuan rakyat dan para netizen ada lah berapa lama pula kertas siasatan akan berada di Pejabat Peguam Negara kerana satu lagi kes berprofil tinggi ia itu kertas siasatan(IP) terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar juga telah dilaporkan berada dipejabat Peguam Negara.

Isu menjadi panas kerana spekulasi rakyat bahawa kes sengaja dilambatkan kerana bualan rakyat bahawa kes berkaitan bekas Gabenor BNM terkait dengan dua orang VVVIP yang sangat berpengaruh.

Maka atas sebab itu ia sengaja dilambatkan dan dihalang , kerana jika orang kena tuduh mahu melepaskan diri maka pasti akan menyebut nama yang memberi arahan.

Apa pun ia sekadar bualan dilaman medsos sahaja , kerana Pejabat Peguam Negara dan pihak menyiasat seperti Polis dan SPRM mungkin lebih mengetahui hasil siasatan mereka.

Kini, tumpuan rakyat dan seluruh negara akan beralih kepada Peguam Negara.

Benar sungguh , impak kes Najib menyebabkan minat rakyat beralih terhadap kes Zeti dan Nazlan.

Mana mungkin ada yang kena ada yang tidak kena pula andaian mereka.

Persoalan yang My-News.Online dan rakyat ingin bertanya , berapa lama kah lagi akan dipegang oleh pejabat Peguam Negara sebelum mendakwa mereka.

Ini berdasarkan puluhan kes terhadap Datuk Ahmad Zahidi mampu diujudkan dalam masa singkat dan kemudian kes tambahan yang baru mampu diujudkan terhadap DSNR pula.

 

 

Leave a Reply