Syarikat e-hailing naikkan harga tambang dipanggil: MOT

Hebahkan !!!

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, setakat ini belum ada kesahihan berhubung perkara itu, bagaimanapun kementeriannya akan memanggil pengendali e-hailing berkenaan untuk menjawab aduan pengguna.

.

“Syarikat e-hailing itu kena jawab dan bagi justifikasi kenapa berlaku kenaikan harga, kita (Kementerian Pengangkutan) akan teliti sama ada jawapan mereka masuk akal atau tidak.

“Kalau katakan (tambang) RM20, tiba-tiba naik RM70 dalam keadaan sekarang, ia dilihat membebankan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park pada Ahad.

Ka Siong berkata, perkara itu perlu bagi memastikan tidak ada pihak yang ‘menangguk di air keruh’.

“Sebagai pembuat dasar, kita tidak mahu melihat ada pihak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan.

“Pihak syarikat terbabit perlu menerangkan justifikasi sekiranya mereka berbuat demikian. Saya melihat perkara ini dari sudut pengguna di mana ia boleh dianggap sebagai kenaikan mendadak sebab sebelum ini tidak berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sudah pun mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meneliti semula isu ini dan meminta penjelasan daripada syarikat berkenaan.

“Saya jangka sehari dua ini, syarikat ini patut terangkan kepada rakyat barulah kita lihat dasar apa yang perlu kita buat seperti menggalakkan lagi persaingan supaya harga akan turun,” katanya.

Leave a Reply