Mahathir amalkan “Crony is King”, Itu sebab Melayu tidak berjaya – Ahmad Maslan.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Ahmad Maslan tidak perlu risau tindak balas atau jawapan dari Mahathir setelah menempelak Mahathir bahawa Mahathir amalkan “Crony is king”.

Ini kerana tabiat Mahathir apabila sesuatu dakwaan itu benar dan beliau tidak dapat menjawap , maka beliau akan pilih untuk berdiam diri dan berharap perkara berlalu pergi dan di lupakan.

Ketika Datuk Seri Najib mengeluarkan wang rakyat dan mengedarnya kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) , Mahathir berasa amat malu kerana dengan tindakan Najib itu jelas menunjuk kan bahawa Najib melaksana kan perkara betul, maka Mahathir segera menempelak Najib dengan menyatakan Najib merasuah rakyat.

Ini kerana Mahathir amat malu selama dua puluh dua tahun dia menjadi Perdana Menteri, dia hanya mengedarkan wang rakyat kepada kroni dan proksi nya sahaja.

Jika tidak cara “Bailout” , mungkin cara “pampasan” seperti Jambatan Bengkok.

Maka perbuatan Najib amat memalukan Mahathir.

Selain melihatkan Mahathir hanya tahu mengedar wang rakyat kepada kroni dan proksi nya sahaja, ia juga jelas menunjuk kan ia cara Mahathir mengalihkan wang milik rakyat kepada kroni nya.

Najib mengamalkan perkara betul , kerana wang di edar dibawah (rakyat marhaen) akan naik keatas kerana putaran ekonomi.

“Spending power” rakyat akan membantu ekonomi.

Cara Mahathir pula wang di edar diatas (kroni nya) belum tentu turun kebawah.

Akhirnya Mahathir segera umum selepas dua puluh tahun, dia gagal memajukan orang melayu , kerana sikap orang Melayu.

Itu cara Mahathir salah kan orang lain, Mahathir tidak pernah salahkan diri sendiri.

Sambil itu kroni kroni Mahathir kaya raya.

Pada Mahathir , memberi segala gala nya kepada kroni adalah sebab dia menganggap mereka orang berbakat.

Kebetulan pula yang berbakat hanya kroni kroninya sahaja.

Dua puluh tahun atau tigapuluh tahun lalu, cara Mahathir lakukan boleh lah terlepas begitu sahaja, kerana belum ada internet atau media sosial.
Mahathir sendiri pernah mengaku banyak membantu kroni nya, seperti perakuan dalam entri blog nya berkenaan Lim kok Wing .

Mahathir menyatakan “ I help him a lot”, pembaca boleh cari sendiri di blog entri Mahathir.

Tapi kini, baru disedari tabiat Mahathir belum henti lagi dengan tersebar nya berita wang sejumlah RM2.9 bilion milik PNB telah dialihkan kepada syarikat Sapura Energy milik kroni Mahathir.

Dari syarikat milik kroni , kini menjadi beban kepada rakyat untuk menyelamatkan Sapura Energy atas sebab sudah menjadi milik rakyat.

Itu antara sisa sisa perbuatan Mahathir.

Di era Mahathir, beratus billion beralih tangan dari milik rakyat menjadi milik kroni.

Kisah Malaysia Airline System (MAS) PERWAJA , BMF dan kisah RM30 BILION Forex  dan Bakun antara kisah kisah yang terjadi di era tiada internet dimana wang milik rakyat beralih kepada kroni atau beralih entah kemana.

Kisah PROTON juga boleh dilihat perkara sama.

Walaupun PROTON menjual kereta, namun kerajaan telah “top-up” PROTON sejumlah hampir RM13 bilion.

Dan kemudian tahu tahu ia sudah jadi milik kroni nya.

Mahathir marah Najib mencari pasangan untuk PROTON , mungkin kerana berharap kerajaan akan dapat “pump” duit lagi.

Tapi Najib Berjaya cari pasangan untuk PROTON dan rakyat tidak perlu risau kerajaan menggunakan wang mereka untuk selamatkan PROTON.

Kembali kepada isu diatas, Ahmad Maslan amat benar dalam menyindir Mahathir.

Mahathir sering ambil kesempatan pada umur nya dalam menyatakan sesuatu.

Jika yang berlaga angin dengan Mahathir dan berani menempelak nya ,maka orang itu akan dilihat seperti “tidak menghormati orang tua” .

Namun , “orang tua” ini pula suka ambil kesempatan.

Maka tidak salah apabila Ahmad Maslan memberi kenyataan bahawa amalan perkaya kan kroni “Crony is King” amalan Mahathir sudah ketinggalan zaman dan kek ekonomi mesti dikongsi beramai ramai sesama rakyat Malaysia , dan bukan hanya kepada kroni Mahathir sahaja.

“Rakyat is King” itu benar, kerana pada PRU15 nanti mereka tentukan siapa yang harus di humban keluar dari Parlimen.

Ketika itu Mahathir akan sedar siapa sebenar  nya “King” , rakyat atau kroni?

Benar juga karta Setiausaha Agung UMNO , Ahmad Maslan, Mahathir sudah tidak releven.

Leave a Reply