Etika pakaian: Zahid pula bidas ahli Parlimen DAP

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham yang mengkritik etika berpakaian untuk orang awam berususan di jabatan dan agensi kerajaan.

“Tidak sepatutnya perkara seperti itu pun mahu dipersoalkan seolah-olah menjadi perihal yang amat membebankan rakyat,” katanya di Facebook.

Katanya, tindakan ahli Parlimen DAP itu cuba menimbulkan persepsi berkaitan etika berpakaian semasa berurusan dengan jabatan atau agensi kerajaan dengan isu kaum sangat melampau.

Beliau mengulangi kenyataan Presiden Cuepacs Adnan Mat baru-baru ini yang berkata, rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama sejak dulu memahami konsep kesopanan dan kesusilaan yang merupakan sebahagian daripada Rukun Negara.

“Semua mengerti pakaian yang sopan dan susila tidaklah bererti pakaian yang berharga mahal atau cantik belaka,” katanya.

Zahid berkata tindakan mengaitkan etika berpakaian sebagai membebankan golongan miskin atau etnik tertentu adalah dangkal dan berlebihan.

“Saya berharap penjawat awam tidak terkesan langsung dengan pandangan ahli Parlimen pembangkang tersebut.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat berbudi pekerti selari dengan nilai tinggi kesopanan budayanya,” katanya.

Leave a Reply