Ayam tiada stok, harga naik, dikenakan caj potong, pihak berkuasa tolonglah bertindak

Hebahkan !!!

TIDAK dinafikan ayam merupakan salah satu jenis daging putih yang menjadi kegemaran ramai.

Namun akhir-akhir ini, ayam kembali menjadi isu hangat apabila ia mengalami kenaikan harga mendadak dan pengguna juga dikenakan caj pemotongan yang dikira per kilogram (kg).

Malah apa yang menjadi rungutan ramai, ayam juga susah didapati kerana kebanyakan pasar kehabisan stok.

Semalam Bibir Merah sendiri turun ke pasar malam berdekatan rumah untuk mendapatkan bekalan ayam.

Ternyata memang melambung harganya bila dikenakan RM10.80 satu kg dengan upah potong 60 sen/kg.

Kata peniaga berkenaan, harga ayam hari ini dan selepas ini tidak boleh terkejut.

“Kerana beginilah situasinya. Kami ikut sahaja. Mahu atau tidak kami terpaksa menjual mengikut harga yang ditetapkan. Kami juga tak dapat untung banyak.

“Bila pembekal naikkan, kami pun terpaksa naikkan sedikit untuk tampung kos yang pelbagai. Pun begitu, stok ayam kami cepat habis diborong hari ini,” ujarnya.

Leave a Reply