Pendedahan hasil siasatan boleh hindari spekulasi liar orang ramai

Hebahkan !!!

Pada zaman yang dipenuhi dengan gajet yang canggih untuk menerima dan menghantar maklumat ini, amat sukar untuk menyekat suara orang ramai daripada memberi pandangan mereka sendiri.

Manusia pula sudah sejak azali diketahui suka mengambil tahu dan mengikuti perkembangan hal ehwal berkaitan konflik dan isu.

Jika ada isu berkaitan jenayah, penyelewengan atau peristiwa bersejarah sudah tentu ramai orang akan mengikuti perkembangannya untuk mengetahui jalan cerita apa sebenarnya berlaku.

Apabila sesuatu jalan cerita tidak diketahui, orang ramai akan cenderung untuk melakukan spekulasi atau mengagak apa yang berlaku.

Jika berkaitan jenayah atau sesuatu kes, orang ramai biasanya ingin tahu bagaimana proses siasatan dilakukan dan apakah dapatan yang diperolehi hasil siasatan berkenaan.

Para pemerhati akan mendapatkan fakta berkaitan kes jika butiran siasatan dibentangkan kepada umum melalui media.

Melalui cara ini, orang ramai tidak akan membuat spekulasi melulu ke atas perjalanan kes tetapi akan membuat ulasan dan penilaian berkaitan kes berkenaan.

Oleh sebab itu, penting untuk pihak berkuasa berkaitan yang menjalankan siasatan untuk membentangkan hasil siasatan kepada orang ramai serta perkembangan kes.

Ia berbeza dengan zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dua zaman iaitu ketika bersama Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun dan dengan zaman beliau bersama Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Ketika zaman BN, ada banyak siasatan dan kajian terhadap sesuatu isu yang hanya ditutup dan tidak didedahkan kepada umum menyebabkan banyak spekulasi dan khabar angin berlaku pada masa itu.

Cuma, pada masa itu tidak ada media sosial yang boleh digunakan untuk mendesak dan menekan kerajaan supaya membentangkan hasil siasatan kerana pada masa itu hanya ada media arus perdana dan media massa seperti televisyen dan radio sahaja.

Ketika 22 bulan mentadbir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pentadbiran Mahathir mengklasifikasikan keputusan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kes FOREX diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut.

RCI berkenaan dijalankan pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapati ada individu ada kes prima facie dan perlu disiasat.

Sekarang, orang ramai dan para pemerhati sedang menunggu perkembangan siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkaitan kes wang lebih RM1 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Leave a Reply