Lelaki maut dibaham buaya, hilang separuh badan

Hebahkan !!!

KINABATANGAN – Seorang lelaki maut dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Lamag, Sungai Pin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan diserang buaya ketika menyeberangi sungai menggunakan jambatan kayu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa agensi lain.

“Mangsa berjaya ditemui namun hanya separuh badannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pasukan operasi menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.10 petang.

 

Leave a Reply