Kes Tawfiq Ayman dan Zeti Apa cerita? AG tidur lagi kah?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Ramai juga rakyat ingin tahu apa kesudahan siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank negara Tawfiq Ayman dan Zeti Akhtar.

Tiap kali kes Najib tersiar di media , sekaligus rakyat teringat bahawa kes bekas Gabenor Bank Negara juga belum kemana mana lagi.

Masih “pending” tanpa penghujung’

Pendek kata , kes Najib menjadi peringat terhadap skandal Zeti.

Kes dan skandal wang dalam akaun Keluarga Zeiti di Singapura ada lah “Elephant in the room”.

Bahawa bekas  Gabenor Bank Negara bersama suami nya ada wang sejumlah RM700 juta didalam akaun sulit mereka di Singapura.

Kedua agensi PDRM dan SPRM dilaporkan sudah habis siasatan dan telah menyerah kertas siasatan keada pejabat Peguam Negara beberapa bulan lalu.

Namun, sehingga hari ini, belum ada apa apa respon dan tindakan dari pejabat Peguam Negara.

Apa kah yang sedang ditinggu lagi sehingga masih belum bertindak.

Menjadi tanggungjawab Peguam Negara memberi kenyataan berkenaan kedudukan kes, kerana ia ada lah isu kepentingan awam.

Sama ada akan dibawa kemuka pengadilan atau tidak?

Jika tidak kenapa pula? dan apa hujah dan alaaan nya?

Kita masih ingat lagi berkenaan kes Datuk Seri Najib Razak.

Saban hari ada sahaja cerita berkenaan nya bertujuan memanaskan cerita dan cuba membina momentum kebencian terhadap DSNR.

Namun , kini berkaitan Bekas Gabenor dan suami nya , rakyat dibiarkan berada didalam kedudukan teka teki dan membuat spekulasi sendiri pula.

Tidak adil bagi kedua dua pihak , rakyat dan “orang kena dakwa”.

Maka seharus nya Pejabat Peguam Negara memberi kenyataan kedudukan kes dan siasatan ini.

Peguam negara pula jangan lah menyangka isu ini akan padam, malah apa apa keputusan terhadap kes DSNR nanti pasti akan membuat persoalan berkenaan kes Zeti dan suami semakin muncul dan memuncak.

Maka demi kebaikan negara dan imej perundangan negara yang kian tercemar semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan , Peguam Negara harus keluar memberi kenyataan.

Jangan lah pula sehingga ada yang menegur jika tidak mampu menjalankan tugas , elok sahaja letak jawatan.

‘Justice delay is justice denied’.

 

 

Leave a Reply