Selepas Asyik kalah fakta dengan Najib, Mahathir Serang Zahid pula.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Trend dan ‘move’ Mahathir seperti boleh dibaca.

Cara dia pun semakin boleh dibaca.

Cuma siapa yang Mahathir akan arah dan pergunakan untuk melakukan kerja belakang tabir nya sahaja yng belum dapat dipastikan atau dapat diketahui.

Dalam perkembangan terbaru, demi mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap tumpuan terhadap skandal kroni nya Zeti Akhtar dan Hakim Nazlan Ghazali menerima sogokan, Mahathir menjadikan Zahid Hamidi sebagai sasaran serangan nya.

Setelah sekian lama baru Mahathir membangkitkan isu panggilan terhadap nya dan akan menyaman Zehid Hamidi atas gelaran “Kutty” yang disebut oleh Zahid berkenaan keturunan Mahathir.

Kenapa sekian lama tidak apa apa , tiba tiba begitu sensitif pula kali ini?

Mahathir juga membuat kenyataan , bahawa beliau amat jarang membuat kerja saman menyaman , namun kali ini akan mempertimbangkan untuk melakukan nya terhadap Zahid.

Dari pengamatan kami, tren Mahathir agak berubah sejak kebelakangan ini.

Mahathir sudah jarang atau hampir tiada lansung menyebut perkataan “1MDB” lagi.

Semenjak terdedah bahawa semua yang terbabit dalam isu 1MDB/TIA ada lah individu yang rapat dengan nya dan yang beliau sendiri lantik  ke jawatan yang disandang, Mahathir sudah mula tidak sebut isu “1MDB” secara terus lagi selain menyebut ‘penyamun’ atau ‘perompak’ sahaja.

Mahathir juga sudah tidak serang Najib secara ‘direct” juga.

Satu serangan isu terhadap Najib mengundang tiga hingga empat jawapan penuh berfakta dari Najib dengan hampir kesemua nya ‘boomerang’ Kembali kepada Mahathir.

Ambil contoh isu ‘bailout’ yang terbangkit berkenaan Sapura Energy misal nya. , sebaik sahaja selepas berdebat, baru lah rakyat menyedari bahawa kerajaan pimpinan Mahathir yang mengalihkan wang rakyat di PNB kepada Sapura Energy.

Dari syarikat dibawah beban individu kini ia menjadi beban kesemua pemegang saham ASB kerana ia sudah menjadi milik GLC atas sebab bailout yang dibuat oleh kerajaan rejim Mahathir pergunakan wang pencarum RM2.8 bilion.

Yang pelik nya Ketika wang beralih ia bukan ‘news’ besar atas sebab kebijaksanaan media Pro Pakatan Harapan menutup cerita dengan isu isu lain seperti kes mahkamah Najib.

Tapi kini , ia menjadi bualan rakyat dan pengetahuan rakyat bahawa Mahathir dan Zeti adalah ‘culprit’ nya.

Isu perguna wang PETRONAS juga Mahathir tidak berani bersuara , kerana dia miliki rekod pergunakan wang PETRONAS umpama milik keluarga Ketika menjadi Perdana Menteri.

Mahathir pernah perguna wang PETRONAS Ketika membuat ‘bailout’ syarikat Konsortium Perkapalan  anak nya Mirzan .

Mahathir juga perguna wang PETRONAS untuk perkayakan kroni nya Ananda Krishnan dengan mengarahkan PETRONAS membeli tanah dari Ananda untuk membina KLCC sedangkan jika Mahathir tidak bermuslihat,         PETRONAS yang sepatut membeli terus tanah itu dari pemilik asal dan bukan dari Ananda.

Maka , faham lah kita kenapa Mahathir beralih sasaran dan tumpuan terhadap Zahid pula.

Zahid ada lah ‘easy target’ Mahathir berbanding Najib.

Zahid terikat dengan banyak kes yang kerajaan Mahathir cipta.

Mahathir tidak berani menyebut ini terhadap Najib kerana takut Najib akan sembur Mahathir berkenaan Zeti dan Nazlan.

Tidak masuk akal wang masuk kedalam akaun laki Zeti masih lembab dan terhegeh hegeh untuk didakwa.

Begitu juga dengan kes Nazlan.

Mahathir sangat takut membicarakan skandal dua orang ini.

Jika Mahathir syok sendiri mengaku diri pembenteras rasuah dan anti rasuah, maka dua skandal ini menafikan perakuan syok sendiri Mahathir.

Kini , konklusi nya , Mahathir pura pura menyerang Zahid untuk alih perhatian.

Didepan Mahathir tembok keras, dibelakang nya dinding besi, mahu tidak mahu Mahathir mesti alih tumpuan kerana semua isu sudah mula Kembali kepada nya, jika tidak perguna media milik kroni untuk alih tumpuan daripada isu Zeti bailout Sapura, atau isu RM700 juta Zeti dan Hakim Nazlan, maka masak lah Mahathir, kerana PRU15 semakin hampir.

Leave a Reply