Penghantar makanan mengaku salah hantar gambar dan video lucah

Hebahkan !!!

JOHOR BAHRU – Padah membuat hantaran gambar dan video lucah di aplikasi Instagram, seorang penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhammad Khair Ma’ani, 25, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah bagi dua pertuduhan selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Instagram secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambr dan video yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bagi hantaran yang telah dilihat pada 25 Januari 2020, jam 8.50 pagi dekat Taman Ungku Tun Aminah di sini, OKS didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia juga boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim bagaimanapun memohon satu tarikh lain untuk sebutan semula untuk fakta kes dan hukuman.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

©Harian Metro

Leave a Reply