Jalan sejauh 75 kilometer ini ada 600 selekoh tajam

Hebahkan !!!

Sebatang jalan raya sepanjang 75 kilometer di barat laut wilayah Xinjiang bolehlah dianggap sebagai jalan yang akan memberikan pengalaman buruk kepada sesiapa yang mudah terkena mabu kereta kerana ia memiliki ratusan selekoh tajam.

Selekoh tajam dikenali sebagai ‘hairpin’ dalam bahasa Inggeris kerana rupa selekoh berkenaan seakan-akan sepit rambut wanita.

Jalan berkenaan dikenali sebagai jalan Pamir Plateau Sky atau Panlong Ancient Road melalui celah-celah gunung Kunlun turut dikenali sebagai jalan raya tercantik di dunia. Jika dilihat dari udara, ia kelihatan seperti naga besar berwarna kelabu di dalam wilayah Kashgar.

Di wilayah ini, didiami oleh etnik Uygur yang memiliki kuasa autonomi di negara China.

Ia dibuka pada Julai 2019 sebagai laluan di pergunungan berkenaan untuk para petani tetapi ia kemudian menjadi kawasan tumpuan pelancong dan pemandu yang mahu mencuba kemahiran memandu mereka.

Dikatakan ada 600 selekoh tajam, jika ada mudah terkena mabuk kenderaan, jalan raya ini mungkin satu cabaran hebat untuk mereka.

Lokasi tertinggi jalan Pamir Plateau Sky ialah 4,269 meter di atas paras laut. Pada awalnya jalan itu adalah sepanjang 36 kilometer tetapi kemudiannya ia dipanjangkan lagi sehingga menjadi 75 kilometer.

Jalan berkenaan adalah berbahaya untuk dilalui ketika musim sejuk dan bersajli. Pada waktu lain juga, ia perlu dilalui dengan berhati-hati.

Leave a Reply