Cadangan Salahuddin Ayub supaya pemansuhan AP dikaji dulu membuang masa

Hebahkan !!!

Tindakan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempersoalkan tindakan kerajaan memansuhkan keperluan permit import (AP) sebagai tergesa-gesa menunjukkan beliau tidak mempedulikan keperluan rakyat.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata langkah itu akan mendedahkan pihak tertentu dalam negara dengan risiko kerugian.

Cadangan beliau pula supaya kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas yang membabitkan pelbagai kementerian untuk menjalankan kajian sebelum melaksanakan langkah pemansuhan permit berkenaan hanya akan melambatkan masa sahaja.

Ada sesetengah tempat seperti di Johor sudah mengalami masalah kekurangan bekalan tepung gandum di beberapa buah pasar raya.

Inilah sebab, jalan penyelesaian harus diambil dahulu sebelum dilakukan siasatan atau kajian menyeluruh. Jika dilaksanakan kajian berkenaan dahulu, sesetengah tempat akan mengalami masalah kekurangan bekalan bahan makanan.

Seperti yang diperkatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Debat Perdana bersama Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk mengutamakan audit forensik dalam apa juga isu, Salahuddin juga senada dalam hal ini.

Jika dilakukan kajian dahulu, lebih banyak tempat akan mengalami masalah kekurangan bekalan dan untuk mengimport lebih banyak makanan sudah terlambat.

Langkah pemansuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri membolehkan kini sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan. Jika diperhatikan, tiada pihak yang akan rugi kerana kini mereka boleh mengimport dengan jumlah yang lebih banyak.

Satu masa dulu, pembangkang lah merupakan pihak yang paling tidak menyukai AP dan menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan sistem permit import dan mereka mengatakan AP adalah untuk kerajaan hanya memberi kelebihan kepada kroni sahaja.

Pada isu yang berlaku sekarang, mereka seakan-akan mempertahankan pula AP supaya dikaji dulu sebelum dimansuhkan.

Mereka sebenarnya hanya membangkang sahaja tanpa mempedulikan fakta atau kebenaran mahupun ia berkaitan dengan keperluan rakyat atau tidak.

Leave a Reply