Thailand ‘smash’ Malaysia

Hebahkan !!!

HANOI: Hasrat pasukan badminton lelaki negara untuk meraih pingat emas Sukan SEA Hanoi tidak kesampaian apabila kalah 0-3 kepada Thailand pada aksi final di Gimnasium Bac Giang sebentar tadi.

Thailand meraih mata sulung menerusi juara Terbuka Jerman, Kunlavut Vitidsarn yang tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Kok Jing Hong 21-10, 21-15 dalam perseorangan pertama.

Malaysia cuba mencari mata penyamaan melalui beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun namun ia tidak berlaku selepas mereka kalah straight set 20-22, 20-22 kepada gandingan, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.

Kebangkitan yang cuba dicari melalui perseorangan kedua, Lee Shun Yang juga menemui jalan buntu selepas dia tumpas 16-21, 21-13, 21-19 kepada Khosit Phetpradab.

Perak yang diraih hari ini mengulangi pencapaian dua edisi terakhir di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Manila 2019, sekali gus gagal mengulangi pencapaian 1965, 1971, 1989, 1991, 2001 dan 2005.

Thailand turut meraih emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara berpasukan wanita selepas menumpaskan Indonesia 3-0.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply