Perbuatan perlekeh UMNO, lantikan Tajuddin pun dipersoal

Hebahkan !!!

Sudah pun disahkan berita Ahli Parlimen Pasir Salak (BN) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Duta Besar ke Malaysia menggantikan Datuk Zainal Abidin Bakar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sekaligus menamatkan spekulasi siapa yang akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Beliau yang kini berusia 74 tahun sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo pada November lepas.

Atas niat sentiasa mempersoal apa sahaja tindakan UMNO, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin menyatakan kekecewaan apabila Tajuddin dilantik ke jawatan berkenaan.

Beliau memberikan alasan hubungan dengan Indonesia merupakam satu agenda utama hubungan luar negara dan Malaysia tidak boleh menimbulkan ketegangan antara kedua-dua negara.

“Rakyat Malaysia telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara beliau menangani krisis LRT dan adakah dia pilihan tepat untuk jawatan penting ini?

“Selepas bertemu dengan ramai pegawai Wisma Putra, saya yakin terdapat ramai lagi diplomat yang berkebolehan dan berpengalaman yang boleh menjaga hubungan dua hala yang mencabar antara kedua-dua negara,” katanya.

Ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa jadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dulu, selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan, tiada siapa di dalam DAP membantah sedangkan beliau pun tidak layak untuk memegang jawatan berkenaan.

Ketika Mohamad Sabu dimalukan di peringkat antarabangsa atas kelemahannya berbahasa Inggeris, Ahli Parlimen lain diam sahaja tak berbunyi sepatah pun. Apabila pelantikan yang dibuat melibatkan UMNO, terus berbunyi riuh sekampung.

Sudah diketahui, Tajuddin sebelum ini latar belakangnya tentang adat resam dan budaya Melayu amat kuat.

Jadi sudah tentu ada sebabnya tersendiri kerajaan melantik beliau memegang jawatan itu.

Banyak lagi pelantikan yang dibuat pembangkang dulu tidak dipersoal oleh mereka sendiri walhal individu yang dilantik tidak kompeten untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Leave a Reply