Malaysia Sukar Tarik Pelabur . Kesan Tindakan Kerajaan PH masih menakutkan Pelabur.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sudah pulang dari misi lawatan keluar negara.

Dalam misi itu agak ramai juga mereka yang berjawatn Menteri turut ikut bersama.

Rombongan besar , namun hasil nya kecil.

Boleh dikatakan bukan salah Perdana Menteri jika lawatan tidak membawa kejayaan menarik pelabur masuk meletak kan wang mereka dalam negara yang tidak stabil kedudukan politik nya.

Tambah lagi , reputasi sebuah keajaan yang tidak jujur dan Amanah dibawah pimpinan Tun Mahathir maih menebal kepada pelabur.

Ketika pelabur saham dan infra melihat indeks hutang negara pada kenyataan rasmi masih lagi RM686 bilion, kerajaan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng pula umum jumlah nya RM 1 trilion.

Di sumbat nya tiga hutang entiti lain dalam satu entiti kiraan supaya Nampak banyak.

Ini tidak ikut Sop kiraan hutang antarabangsa.

Perkara ini dilakukan untuk dua tujuan.

Satu untuk persepsi menampak kan betapa teruk nya kerajaan Barisan Nasional dan kedua untuk melahap ‘gap’ jumlah  hutang ‘actual’ dengan hutang yang diumumkan.

Dalam hal ini ada lebih kurang RM300 bilion untuk dilahap dan longgok kan dalam jumlah hutang yang telah diumumkan.

Itu lah jijik nya kerajaan Pakatan Harapan lalu mengakibatkan kesukaran mendapat pelabur skala mega kerana dianggap ‘untrustworthy government”.

Sebaik sahaja kerajaan PH naik tahta , sekitar RM300 bilion saham dicampak di BSKL dan pelabur “cash out’ lari melabur ke negara jiran.

Kerajaan yang mereka anggap mengamalkan “Capital Cronysm return to power”.

Harus di ingat sebaik sahaja Najib umum “no more Capital Cronysm” , maka pelabur masuk melabur kedalam negara.

Maka pada lawatan Perdana Menteri ke luar negara baru baru ini, kurang sangat laporan berkenaan hasil kejayaan penarikan pelabur.

Bagi yang tahu ,, sememang nya sukar kerana imej kerajaan PH masih menebal dalam kabinet Ismail.

Kerajaan yang telah membatalkan perjanjian dengan tiga buah negara sewenang wenang nya.

Elon Musk sudah pun berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak satu masa lalu, namun sebaik sahaja kerajaan PH Tun Mahathir ambil alih, mereka abandon niat Kerjasama.

Malah , selepas Joko Widodo melawat Elon Musk di Amerika, Elon Musk datang ke Indonesia untuk melabur.

Ini lah natijah nya miliki rekod tidak baik akibat perbuatan kerajaan PH dan disambung oleh sisa nya kerajaan Muhyiddin Yassin.

Ada yang memberi pendapat , untuk memulihkan imej kepada pelabur, kerajaan mesti mendakwa bekas Gabenor Zeti Akhtar dengan segera.

Ini untuk menunjuk kan bahawa kerajaan hari ini tidak dikuasai oleh individu tertentu dari belakang tabir.

Mendakwa Zeti juga boleh memberi kesan bahawa sistem pengadilan negara bebas dari pengaruh orang orang yang pelabur percayai mengawal kerajaan dan Menteri.

Jika tidak, selama nya kerajaan dan Perdana Menteri di anggap hanya boneka kepada individu tertentu.

Leave a Reply