Seorang maut, 85 cedera dalam nahas kereta api di Barcelona

Hebahkan !!!

BARCELONA – Seorang maut dan sekurang-kurangnya 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona semalam.

Nahas berlaku apabila kereta api barang yang membawa potasy tergelincir di pintu masuk ke Stesen Sant Boi de Llobregat sekitar jam 6 petang waktu tempatan, lapor media tempatan.

Ia kemudian melanggar kabin kereta api penumpang yang sedang meninggalkan stesen pada ketika itu.

Pemandu kereta api penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Sembilan mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital manakala punca nahas masih dalam siasatan.

Leave a Reply