Mahathir usah sibuk urusan UMNO, Jaga Parti sendiri yang Hilang Deposit itu terlebih dulu.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddn Ahmad

Keputusan UMNO berkenaan urusan ahli UMNO bersetuju dengan sebulat suara pendirian ubah perlembagan pada EGM (khas) UMNO telah mengundang keresahan Mahathir.

Mahathir telah memberi kenyataan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Ironik nya, Mahathir juga ada buat perkara sama Ketika menjadi Presiden UMNO seperti yang disanggah oleh Shahril Hamdan.

Mungkin tabiat Mahathir akan tegur apa apa sahaja yang dibuat oleh orang lain yang tidak menepati citarasa nya , asalkan apa yang dia buat semua nya betul belaka.

Ahli akar umno telah memberi sokongan majoriti dan sebulat suara setuju dengan pindaan perlembagaan UMNO , maka pihak lain tidak perlu kacau atau “enter frame”.

Jaga lah parti masing masing dan buat lah sesuka hati kepada parti masing masing ,dan tidak perlu menyibuk urusan dalaman UMNO.

UMNO itu parti yang sudah mati dan parti korup, maka apa yang disibuk sangat hal UMNO?

Mahathir sebalik nya perlu risau kenapa dirinya sangat dibenci oleh rakyat.

Kebencian bukan sekadar retorik atau bualan kosong, ia telah diterjemahkan secara zahir pada tujuh PRK terakhir yang diadakan dan tiga PRN terkini.

Malah pada PRN Johor parti PEJUANG Mahathir telah kehilangan deposit  seratus peratus pada semua empat puluh kerusi DUN yang ditandingi nya.

Itu satu rekod dunia , malah di negara demokrasi terbesar dunia di India dan Indonesia juga tidak pernah ada rekod seburuk itu.

Mahathir juga menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan bukan kerana di pilih rakyat , tapi atas negosiasinya dengan parti DAP , PKR dan AMANAH.

Parti Mahathir sekadar minoriti yang menang dua belas kerusi di PRU14 dan kemudian mencuri tiga belas ahli parlimen UMNO walaupun mulut nya berzikir anti rasuah dan kleptokrat.

Jangan lupa juga kekalahan teruk jenama Mahathir di Tanjung Piai di mana dia tewas kepada komponen Barisan nasional dengan majoriti hampir 15,000.

Maka , elok sangat Mahathir muhasabah diri, dan tumpu kepada parti sendiri yang syok sendiri dengan slogan anti rasuah palsu nya , PEJUANG sebagai konon anti rasuah dan mahu benteras rasuah tidak buat desakan Zeti Akhtar dan Nazlan didakwa kerana terima sogok kan.

Itu lah yang sepatut Mahathir tumpukan dan bukan menyibuk hal ehwal kehendak jutaan ahli UMNO akar umbi.

Ahli UMNO tidak pelukan campurtangan atau kenyataan dari Mahathir , kerana ia auta semata mata.

Apabila Mahathir berkuasa tiada agenda Melayu atau rakyat , melainkan agenda mahu alih projek, aset , tender , bailout kepada kroni, itu sahaja.

Leave a Reply