Mahathir enggan terima cadangan ‘bailout’ Sapura kerana ada agenda lain?

Hebahkan !!!

Tindakan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan dari Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bantu syarikat Sapura Energy Berhad (SEB) adalah kerana beliau mempunyai agenda lain melibatkan syarikat berkenaan.

Menurut beberapa sumber, Mahathir sudah ada perancangan lain untuk SEB kerana syarikat berkenaan ada potensi yang amat besar dalam industri petroleum di dunia.

Syarikat berkenaan pernah mempunyai modal pasaran sebanyak RM28.5 bilion dan diiktiraf antara yang terbaik di dunia menyediakan perkhidmatan minyak dan gas oleh bumiputera.

Susulan kejatuhan mendadak harga minyak mentah Brent, kegawatan Sapura bermula sejak tahun kewangan 2018 apabila merekodkan kerugian bersih RM2.5 bilion.

Ramai sudah tahu, jika Mahathir melihat syarikat berpotensi seperti ini, beliau sudah ada perancangan dan siapa kroni yang akan digunakan untuk mengambil alih syarikat berkenaan kemudiannya untuk kepentingan dirinya pula.

Jika kerajaan menyelamatkan Sapura Energy, perancangan Mahathir akan gagal.

Ketika jadi Perdana Menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981, ada tiga bailout yang dilakukan Mahathir tanpa memberitahu atau berbincang dengan mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Bailout” berlaku apabila wang disuntik ke dalam sebuah organisasi yang bermasalah tanpa sebarang pulangan ke atas wang berkenaan.

Dulu, Mahathir melakukan bailout untuk Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd untuk mengelakkan syarikat milik Tan Sri Eric Chia itu muflis. Langkah kerajaan membeli balik saham dari syarikat penerbangan Malaysia Airlines dari Tajudin Ramli juga adalah bailout oleh Mahathir.

Ketika era Mahathir juga, kerajaan bailout Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang muflis kerana rekod pinjaman BMF yang buruk di Hong Kong sehingga Petronas terpaksa menyuntik wang untuk menyelamatkan bank itu.

Dulu, Mahathir buat bailout kerana beliau yang memimpin kerajaan, jadi syarikat berpotensi ini akan jadi aset kerajaan dan membawa pulangan pendapatan.

Kali ini, beliau sudah bukan Perdana Menteri lagi. Elok syarikat berkenaan dibiarkan muflis dan mulut-mulut jerung kroni beliau sudah menunggu untuk menerkam seterusnya berkuasa ke atas syarikat yang bermasalah itu tapi amat berpotensi.

Bagi Najib, jika SEB dibantu, ia akan membawa keuntungan kepada Malaysia kerana syarikat berkenaan dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan di dalam PNB ada ramai orang yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), jika Sapura Energy pulih, orang ramai akan mendapat untung.

Ia akan bagi faedah kepada kerajaan, tapi bagi Mahathi, beliau mahu faedah untuk dirinya sahaja.

Leave a Reply