Kes buli ‘junior’, polis ambil keterangan 30 pelajar

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan 30 pelajar sebuah sekolah agama berasrama penuh di Labu, Negeri Sembilan, semalam bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan dua didakwa cedera akibat dibuli Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman berkata, empat laporan diterima berhubung kejadian itu yang sedang disiasat pihaknya dan semua pelajar terbabit selesai memberikan keterangan 2 petang semalam.

“Permohonan reman terhadap enam lelaki yang bersangkut dengan kes yang disiasat juga sudah dimohon dan reman dibenarkan selama satu hari sehingga 5 petang tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan malam tadi yang dipetik Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima tiga laporan pada Sabtu lalu berhubung kejadian pelajar tingkatan dua cedera di beberapa bahagian badan, selepas didakwa dibuli pelajar senior sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di Labu.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira 11 malam Jumaat lalu membabitkan 75 pelajar tingkatan dua yang dibuli 20 pelajar tingkatan empat.

Leave a Reply