Jessica Mila belajar solat, mengaji

Hebahkan !!!

Jakarta: Biarpun beragama Kristian, pelakon Jessica Mila, 30, sanggup mendalami Islam termasuk belajar solat dan mengaji demi menjayakan wataknya dalam filem akan datangnya berjudul Mengejar Syurga.

Jessica Mila

© Provided by Harian MetroJessica Mila

Menurut Jessica, dia melakonkan watak wanita muslimah dan berhijab iaitu Atika dalam filem terbabit.

Justeru, dia perlu benar-benar menjiwai watak terbabit yang berunsur keagamaan.

“Filem ini kan ada unsur keagamaan dan saya sendiri bukan muslim. Jadi, ada cabaran tersendiri di sini.

“Kalau muslim yang taat kan selalunya ada kata-kata biasa mereka ucapkan. Misalnya kalau terkejut sebut astagfirullah,” katanya.

Menurutnya, wataknya dalam naskhah arahan Bambang Drias itu juga harus fasih menyebut kalimat tertentu.

“Ucapan seperti masyallah, alhamdulillah itu banyak disebut karakter Atika. Jujur, saya memang tidak biasa pakai kata-kata itu tapi belajar perlahan-lahan,” katanya.

Jessica juga berkata dia perlu berbuat demikian demi tunjukkan sikap profesional sebagai pelakon yang sangat berdedikasi.

“Antara kerja-keras yang perlu saya lakukan adalah cuba guna ucapan solat dalam kehidupan harian.

“Tapi saya lakukan ini kerana watak dalam filem itu. Saya melakukannya dengan profesional,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply