Putera Mahkota Abu Dhabi dilantik Presiden UAE yang baharu

Hebahkan !!!

Tujuh pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebulat suara melantik Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, 61 tahun, sebagai Presiden UAE yang baharu.

Beliau juga adalah adik kepada Almarhum bekas Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan, 73, yang mangkat pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat majlis tertinggi persekutuan di Istana Al Mushrif di Abu Dhabi.

Ini merupakan pelantikan presiden kali ketiga sejak kemerdekaan negara itu pada 1971.

Pelantikan ini menyusul selepas kemangkatan Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Almarhum dikebumikan di Masjid Sheikh Sultan Zayed pada Jumaat.

Leave a Reply