Pemilihan PKR sudah mula ada masalah

Hebahkan !!!

Pemilihan parti PKR sudah mula berlaku masalah melibatkan pemilihan cabang di utara.

Proses pengundian secara fizikal bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah di Cabang Padang Serai terpaksa ditangguhkan.

Koordinator Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) negeri, Datuk Rashid Din berkata, penangguhan itu dilakukan setelah mendapat bantahan berikutan wujud rasa tidak puas hati selain masalah teknikal.

Menurutnya, pemilihan yang bermula pada 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan sehingga 12 tengah hari sahaja.

“Kita sedang berbincang dengan kepimpinan bilakah tarikh yang sesuai untuk adakan semula pemilihan Cabang Padang Serai, jangkaan kemungkinan diadakan pada minggu depan,” katanya ketika dihubungi selepas sesi pemilihan secara fizikal selesai pada 5 petang hari ini.

Menurutnya, antara masalah teknikal yang mengganggu kelancaran pengundian adalah berpunca daripada data dalam talian yang mengalami gangguan.

“Pemilihan kali ini tidak dicemari dengan pergaduhan secara fizikal, hanya ada perang mulut di beberapa tempat yang berpunca daripada banyak sebab antaranya, tidak berpuas hati dengan kedudukan khemah calon yang bertanding,” katanya.

Rashid memaklumkan, pemilihan di kesemua 14 cabang lain melibatkan Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Merbok, Sik, Jerai, Baling, Kubang Pasu, Alor Setar, Langkawi, Padang Terap, Kuala Kedah, Pokok Sena, Pendang dan Jerlun berjalan lancar.

“Hanya satu cabang, iaitu Padang Serai akan dijadualkan semula,” katanya.

©Sinar Harian

Leave a Reply