Jenazah Almarhum Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan selamat dikebumikan

Hebahkan !!!

Jenazah Almarhum Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Al Bateen di Abu Dhabi pada Jumaat waktu tempatan.

Media antarabangsa melaporkan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan pemimpin kanan kerajaan menunaikan solat jenazah di Masjid Pertama Sheikh Sultan bin Zayed, Abu Dhabi.

Upacara pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat di mana pengawal kehormat tentera yang berpakaian seragam membawa jenazah Almarhum sebelum diserahkan kepada keluarga Allahyarham untuk disemadikan.

Beberapa keping gambar turut memaparkan puluhan ahli keluarga dan pegawai kanan hadir memberikan penghormatan terakhir dan berdoa di makam Almarhum.

Almarhum Sheikh Khalifa Zayed meninggal dunia semalam pada usia 73 tahun.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai Presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi.

Leave a Reply