Mahathir patut sahut cabaran Anwar buka balik RCI FOREX RM30 bilion.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semalam apabila giliran Najib Razak kemuka soalan kepada Anwar, maka persoalan berkenaan kes kehilangan wang milik rakyat sejumlah RM30 bilion pula yang muncul.

Dengan kemunculan isu kes kehilangan wang rakyat yang satu sen pun tidak dapat Kembali , maka kini tumpuan mula teralih kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir yang sering perguna kan mahkamah untuk melawan musuh nya, kini terpaksa buat kenyataan menyahut cabaran Anwar apabila berkata dia setuju jika kes RCI FOREX di buka semula.

Mahathir yang sering berlagak diri nya suci dan suka perguna kan pihak lain untuk buat kerja nya perlu membuat kenyataan berkenaan apa yang dibangkitkan semalam dalam perdebatan Anwar dan Najib.

Jangan asyik suka bual berkaitan kes orang lain tapi kes sendiri buat buat tidak tahu pula.

Pasti ramai rakyat menunggu kenyataan Mahathir berkenaan kes FOREX ini.

Apa Mahathir takutkan jika dia tidak bersalah dan dalam hal ini berbillion sudah lesap dan Nor Yakob menjadi ‘scape goat’ pula.

Seolah olah Nor Yakob boleh ‘by pass’ Mahathir dalam berbelanja wang rakyat.

Jika diteliti, kes FOREX dan TIA, watak watak nya ada lah orang sama.

Pada kes TIA Zeti Akhtar Aziz dan Nor Yakob terbabit.

Kemudian terlebih awal, pada kehilangan wang FOREX, Nor Yakob dan Zeti juga terbabit.

Ini menjadikan syak wasangka mereka sekadar alat sahaja.

Yang memberi arahan ada lah pihak lain.

Dengan kes Zeti berkaitan wang RM700 juta masih belum kemana mana lagi, ini lagi menambahkan syak wasangka kes di lindung dan dilambatkan demi melindung pihak yang sebenar nya yang terbabit

Apa pun , seperti tulisan kami sebelum ini, debat adalah antara Anwar dan Najib, tapi yang telondeh adalah Tun Mahathir.

Kini, Mahathir tidak boleh berdiam diri, nama nya sudah dipetik pada debat, Mahathir perlu respon.

Leave a Reply