Anwar terbukti amat tandus idea baharu untuk Malaysia

Hebahkan !!!

Program Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menunjukkan bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin yang tidak ada idea baharu dalam memajukan dan memperbaiki ekonomi negara.

Apabila agak lama Presiden PKR itu tidak muncul di atas pentas debat seperti berkenaan dan orang ramai tertunggu-tunggu apa perancangan dari beliau untuk memajukan negara tetapi tutur kata lama masih digunakan oleh Anwar.

Dalam debat berkaitan topik syarikat Sapura Energy Berhad (SEB), apabila Najib yang juga bekas Perdana Menteri menyatakan bahawa syarikat berkenaan perlu dibantu kerana potensinya yang besar dalam industri minyak, Anwar mengatakan bahawa perlu dijalankan audit dalaman atau forensic audit secara menyeluruh.

RCI itu ditubuhkan pada 2017 khas untuk menyiasat skandal forex di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan ketika itu

Pada 1 Julai 2019 ketika Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan dan Anwar merupakan pemimpin politik dari parti dalam PH, laporan hasil RCI Forex diklasifikasikan ‘tiada tindakan lanjut’ atau NFA

Ketika memberikan hujah balas kepada mukadimah Anwar, Najib sudah pun bersetuju dan dengan cadangan Anwar supaya diadakan audit kerana beliau berkata, jika ada penyelewengan tindakan akan diambil.

“Saya setuju kalau ada penyelewengan dalam Sapura kita ambil tindakan, kalau ada apa-apa yang tak kena pada Sapura kita ambil tindakan tetapi janganlah kita membenarkan Sapura muflis sebab kalau Sapura muflis, yang rugi adalah negara, yang rugi adalah rakyat Malaysia,” kata Najib.

Pada saat itu, Anwar sudah boleh mula bergerak untuk mula mengeluarkan idea dan perancangan bagaimana untuk menyelamatkan syarikat Sapura bukannya mengulang-ulang lagi fakta berkaitan audit dengan membangkitkan semula cerita lama tentang syarikat lain seperti Perwaja dan Malaysia Airlines.

Ada sumber menyatakan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu sebenarnya sedang menyelar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam diam berkaitan skandal lepas yang tidak diadakan forensik audit langsung.

Pada topik berkaitan masa depan dan hala tuju negara pula, pada masa itu Anwar pun sudah boleh bercakap berkenaan idea yang ada dalam mindanya untuk memacu pembangunan negara tetapi beliau memilih untuk terus menggunakan kata yang sama berkaitan rasuah dan penyelewengan.

Beliau kelihatan cuba menyatakan bahawa ketika Najib menjadi Perdana Menteri tiada siasatan menyeluruh diadakan berkaitan skandal yang ada.

Sebenarnya ketika Najib mentadbir negara, sudah diadakan siasatan dakwaan skandal kewangan terbesar membabitkan kerugian berbilion ringgit dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam perdagangan mata wang asing pada sekitar 90-an.

Pada 15 Februari 2017 kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menjalankan siasatan itu.

Tarikh 21 Jun tahun yang sama, laporan akhir PPK mendedahkan wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga mata wang asing (forex) BNM.‬

Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumkan kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.

PPK mengesyorkan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengakhiri isu ini demi masa depan negara.

RCI itu ditubuhkan pada 2017 khas untuk menyiasat skandal forex di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan ketika itu.

Pada 1 Julai 2019 ketika Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan dan Anwar merupakan pemimpin politik dari parti dalam PH, laporan hasil RCI Forex diklasifikasikan ‘tiada tindakan lanjut’ atau NFA.

Sepatutnya Anwar yang perlu menjelaskan kenapa siasatan forensik audit berkenaan tidak diteruskan pada zaman PH dan bukannya asyik seakan-akan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib.

Dalam soal ini, Najib setuju apa yang diperkatakan oleh Anwar dalam debat dan telah melakukan perkara berkenaan tetapi ketika zaman PH, siasatan yang dikatakan audit forensik itu tidak diteruskan. Ini fakta.

Jika Anwar mula berbicara tentang idea-idea baharu, sudah tentu orang ramai mungkin tidak akan tahu akan kepincangan kerajaan PH dalam isu siasatan berkaitan Forex berkenaan.

Leave a Reply