Anwar dan Najib yang berdebat , Mahathir pula yang terlondeh

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semalam hampir seluruh Negara tertumpu kepada ‘event of the year’ perdebatan dua personalti yang senior dalam politik negara.

Anwar yang terkenal sebagai seorang orator yang ketika zaman muda nya cakap berapi api dan penuh semangat , pada sesi debat semalam kelihatan sudah tidak seperti dulu lagi.

Najib Razak pula, agak bersemangat dalam menyampaikan hujah nya.

Apa yang dapat dilihat, Anwar Ibrahim seolah olah tergagap sedikit dan seperti baru mengumpul maklumat khas untuk berdebat.

Najib pula seperti ‘duck to water’ kerana subjek ekonomi sememang nya dalam naluri nya.

Bukan mengecilkan Anwar tapi itu lah yang terlihat malam tadi.

Benar, tabiat membangkang kuat menebal dalam naluri Anwar. Dan Anwar persembahkan kes nya seperti seorang pembangkang.

Namun , yang sangat jelas , ada lah kematangan kedua Anwar dan Najib terserlah.

Sifat hormat menghormati masih jelas terlihat sekali sekala menyindir dan memperli satu sama lain.

Apa pun, paling menonjol ada lah Anwar menyerang musuh nya Daim dan Mahathir secara tidak lansung.

Kesemua rujukan “bailout’ yang disebut Anwar ada lah di zaman Mahathir.

Ramai silap faham berkenaan Anwar berulang kali menyebut berkenaan ‘forensik’ sebelum meluluskan ‘bailout’ ada lah merujuk terhadap banyak ‘bailout’ zaman Mahathir yang tidak diketahui bagaimana amaun ‘bailout’ boleh muncul sebelum menganugerah ‘bailout’.

Anwar juga ada menyebut bila syariat bermasalah humban kepada rakyat.

Ini sememang nya amalan Mahathir dan Daim.

Apabila syarikat bermasalah , Mahathir akan guna duit rakyat untuk ‘bailout’.

Apabila untung Mahathir akan serah kepada kroni nya untuk pegang.

Syarikat IPP boleh dijadikan contoh dalam hal ini.

MAS juga boleh dijadikan rujukan.

Ketika MAS ada wang dan banyak aset seperti MAS Kargo, agensi transport MAS hantar pramugari dan pilot kehulu hilir, Mahathir telah menyerahkan MAS kepada kroni nya Tajuddin Ramli.

Kemudian setelah MAS tinggal tulang , Mahathir dan Daim melakarkan skim untuk menggunakan wang rakyat untuk mengambil semula atas nama ‘National Service” itu lah cara Mahathir semenjak dulu lagi.

PROTON pun begitu juga.

Dari milik negara tiba tiba jadi hak kroni Mahathir

Itu kah maksud Anwar perlu ada forensik berkenaan jumlah wang siapa tentukan semua itu serta jumlah nya.

Maka jika Anwar protes ‘bailout’ terhadap Sapura Energy , ia terhasil dari rekod buruk Mahathir dan Daim.

Sebelum ini Sapura Kencana milik peribadi, tapi sebaik sahaja PNB pump duit rakyat, maka ia menjadi milik negara sebagai GLC.

Lalu setelah anak Mahathir keluar dan campak Sapura Kencana dan menjadi Sapura Energy ia sudah jadi hak rakyat yang perlu diselamatkan.

Tapi, ramai juga mengejek ejek perkataan ulang kali Anwar berkenaan forensik kerana tersilap faham , agak nya.

Anwar jelas menyerang Mahathir dan bukan Najib.

Ini boleh di buktikan apabila pada penghujung Anwar setuju buka semula kes Forex yang di tutup oleh Mahathir apabila Najib bertanya pada sesi soalan.

Najib juga ada memetik perilaku Mahathir berkenaan menjual aset bernilai milik rakyat ia itu IHH kepada Mitsui Jepun.

Ia harta bernilai rakyat yang dibeli oleh Najib, kerana menurut sebuah badan penganalisa kewangan , industri kesihatan sedang ‘bloom’  dan ‘Health Tourism’ sedang bertambah meningkat , tapi itu lah yang Mahathir jual.

Ketika itu IHH sudah pun menjana pendapatan ratusan juta.

Mahathir juga menjual perniagaan digital dan online yang dibawah kategori ‘sunrise’ industri.

Alibaba juga dijual oleh Mahathir.

Dunia sedang bergelumang dengan dunia digital dan perniagaan online lalu Najib membeli nya untuk rakyat, tapi Mahathir menjual nya selamba sahaja.

Untuk makluman hutang negara tidak susut dibawah pentadbiran Pakatan Harapan walau pun setelah menggadaikan banyak aset pencarian Najib.

Maka jelas, walaupun yang bedebat ada lah Anwar dan Najib, namun  seluar Mahathir pula yang terlondeh.

Kini semua tertumpu kepada yang tewas dalam berdebat, ia itu Mahathir.

 

 

 

Leave a Reply