Walau kiri kanan gelombang, UMNO tetap kekal bersama ahli dan pemimpin yang setia

Hebahkan !!!

Walaupun kiri kanan diapit gelombang dengan ujian dan cabaran, sehingga kini parti UMNO tetap berdiri teguh dengan ahli dan pemimpinnya yang setia.

Bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebooknya menulis betapa banyak perkara sudah berlaku sempena ulangtahun 76 tahun UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Menurut beliau, UMNO menempuhi pelbagai onak dan duri sejak penubuhannya hingga ke hari ini.

“Perjalanan yang penuh cabaran dari penubuhan ke hari ini.

“Bukan sahaja perbezaan dan perbalahan dalaman yang hampir melumpuhkan parti.

“Tetapi juga tekanan politik dari luar parti, dengan musuh-musuh yang ingin menghancurkan kami,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan berkenaan ada juga yang mengambil langkah dan meninggalkan parti untuk memilih parti yang kononnya lebih baik.

“Malah ada yang memilih keselesaan, meninggalkan kami berduyun-duyun.

“Yang tinggal, UMNO dengan ahli yang setia,” kata Najib.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan, akar umbi iaitu ahli parti yang menunjangi UMNO, memahami dan meneruskan perjuangan untuk terus menjulang nama parti.

Najib berkata UMNO kekal bersama. UMNO kekal kukuh. UMNO kekal dengan perjuangannya.

“Tidak dinafikan, populariti dan sokongan terhadap parti berubah-ubah sepanjang masa ini.

“Namun, kami jelas akan peranan dan tanggungjawab kepada rakyat.

“Berpegang kepada ini sentiasa,” kata Najib.

Beliau berkata ketika UMNO memerintah negara dan mentadbir, parti berkenaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf dan kebajikan rakyat dengan melaksanakan pembangunan.

Apabila parti jatuh pada 2108 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, UMNO terus bersuara membela rakyat.

“Kerana UMNO sebuah perjuangan rakyat.

“Semoga rakyat Malaysia terus dirahmati dan diberkati Allah SWT, menjulang parti dan perjuangan yang membela nasib rakyat.

“Selamat ulang tahun ke-76, UMNO,” katanya dalam penulisan berkenaan.

Leave a Reply