Najib Vs LHDN – Bakal Jadi kes rujukan Rakyat terhadap cukai Zeti, Nazlan , Nor Yakob dan Rohana.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Keptusan mahkamah Persekutuan semalam , mengizinkan Najib mencabar Lembaga Hasil Dalam Negeri berkenaan cukai nya menjadi perkara menarik untuk di perhatikan.

Dalam perkataan mudah , apa yang dicukai dan dikenakan terhadap Najib Razak bakal jadi rujukan cukai yang akan dikena kan terhadap Zeti Akhtar , Nazlan Ghazali, Nor Yakob dan Rohana Astro.

Jika Najib tewas dimahkamah pada kes cabaran kena bayar cukai dan perlu bayar ikut apa yang dikra dan dicukaikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri , maka itu juga lah yang LHDN perlu kena kan cukai terhadap 4 kuncu Mahathir seperti yang disebut nama diatas.

Jika tidak, apabila bertukar kerajaan, misal nya kerajaan Barisan Nasional mengambil alih , maka pegawai pegawai dari LHDN bakal diseret untuk menjawap akta dan peraturan mana mereka guna untuk mencukai Najib dan anak , dan buku pencukaian mana mereka guna untuk tidak mengenakan cukai terhadap kuncu Mahathir.

Silap haribulan mereka akan kepenjara atau perlu bayar ganti rugi menggunakan wang sendiri.

Najib ada kes yang kuat jika diambil kira kedudukan kes nya, atas beberapa sebab, pertama LHDN tidak dapat menjawap kepada umum (public) bagaimana mereka kira cukai terhadap Najib dan dari buku cukai mana mereka rujuk.

LHDN juga tidak dapat menjelaskan terma cukai kerana mahkamah istihar derma Arab yang di akui Najib sekadar satu kisah dongeng walaupun telah ada bukti dan dokumen yang di kemuka sebagai bukti oleh pihak Najib dalam mahkamah.

Bahkan pegawai AMBANK sebagai saksi ia itu Uma Dewi dan Cheah Teck Kuan telah mengesahkan derma dan dokumen nya, tetapi diketepikan begitu sahaja oleh hakim lantikan Tun Mahathir.

Setelah derma di anggap dongeng, percukaian pula dianggap ujud dan realiti.

Bermakna LHDN mencukai Najib atas dongeng.

Ini lah akibat nya skrip kalam kabut ciptaan konspirator.

Satu agensi kata dongeng satu agensi kata betul dan anggap ia di cukai atas sebab perolehan.

Patut lah semua negara larikan diri dari melabur di Malaysia sebab sistem cukai dan kehakiman nya ikut kehendak ahli politik dan bukan ikut buku rujukan.

Pada kes yang dicabar oleh DSNR, terdapat kiraan cukai tipu dengan jumlah nya dipetik ikut suka hati LHDN.

LHDN hanya sebut jumlah dicukai tetapi tidak dapat menunjukkan dari buku cukai mana dan muka surat berapa ia dikira.

Sistem cukai dan akta cukai semesti nya telus dan terbuka supaya rakyat dan pelabur dapat buat kiraan perniagaan dan investment beforehand sebelum membuka perniagaan dan pelaburan.

Jika ada percukaian tersembunyi atau tidak telus , siapa pun tidak percaya kepada sistem cukai negara.

Berbalik kepada isu Najib Berjaya mencabar LHDN berkenaan arrears cukai beliau dan anak beliau Nafizuddin , jelas Najib miliki kes yang kuat jika, tiada campur tangan kotor dari “orang tertentu”, mungkin semua rakyat tahu suapa dia tanpa sebut nama nya.

Dalam perbicaraan akan datang pasti jika lima pegawai LHDN yang diseret oleh Najib melalui laporan Polis yang dibuat oleh Najib setelah menerima maklumat dari “whistleblower” dari LHDN bahawa kiraan cukai terhadap nya dibuat atas penipuan dan selitan dokumen palsu pasti menarik untuk mendengar arahan ahli politik mana yang mereka terima, dan sama ada telah menerima sogokan melebihi pencen untuk menerima Tawaran buat kerja jijik itu.

Lebih menarik lagi, apa apa yang akan dikenakan terhadap Najib atau pelepasan terhadap Najib akan menjadi kes “precedent” untuk dikenakan kepada Zeti Akhtar, Nor Yakob , Nazlan atau pun Rohana,

Ini kerana mereka juga menerima wang 1MDB, Zeti melalui sogokan meluluskan Bon, Nor Yakob melalui urusan menjadi penadbir Bon, Nazlan untuk apa 1 Juta diterima dalam akaun nya? dan Rohana melalui kisah nya dengan Tim Leissner.

Jika Najib kalah dan perlu bayar, maka mereka juga perlu bayar.

Jika Najib tidak perlu bayar mereka tidak akan diburu atau pegawai LHDN tidak akan diburu oleh kerajaan baru.

Undang undang mesti diamalkan sama rata kepada semua rakyat.

Leave a Reply