Ramai kecewa balik raya RON95 ‘licin’ di stesen minyak, rupanya ini punca

Hebahkan !!!

BARU-baru ini kecoh di laman sosial tentang kehabisan bahan api RON95. Di kala jutaan kenderaan memenuhi lebuh raya untuk pulang menyambut 1 Syawal, warga maya berkongsi kekecewaan apabila stesen minyak di kebanyakan lebuh raya utama kehabisan bahan api itu.

Insiden diluar jangkaan itu membebankan mereka yang dalam perjalanan pulang ke perantauan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Pelbagai hantaran dikongsi termasuk video mengenai stesen minyak kehabisan RON95, menyebabkan ratusan kenderaan terkandas di antara Besut ke Kuantan.

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peningkatan mendadak jumlah kenderaan antara punca yang bersangkut paut.

Selain daripada itu, isu kelewatan kapal tangki membawa minyak sampai ke terminal juga menjadi penyebab. Difahamkan kelewatan kapal tangki yang membawa minyak untuk sampai ke terminal di Bagan Luar, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang adalah antara faktor utama.

Di samping itu, isu kapasiti tangki simpanan di stesen minyak antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada isu bekalan petrol RON95 terjejas di beberapa kawasan.

Leave a Reply