Mahkamah benarkan Najib Cabar LHDN berkaitan cukai Tak masuk akal

Hebahkan !!!

.

Mahkamah Persekutuan telah memberi izin dan laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menangguhkan bayaran serta mencabar Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam isu percukaian nya.

Selain itu keizinan yang sama juga diberi kepada anak najib ia itu Nazifuddin Najib.

Dalam persidangan ini mahkamah hanya  mengambil tiga minit sahaja selepas rehat setelah mendengar hujah permohonan pihak Najib.

Dalam isu ini Najib telah dikenakan cukai sebanyak RM1.69 bilion sementara Nazifuddin pula sebanyak RM37.64 juta.

Kedua Najib dan anak nya telah membuat protes dan rayuan berkenaan situasi dan cara kiraan dibuat oleh LHDN.

Sebelum ini , Najib juga telah membuat laporan Polis terhadap lima pegawai LHDN setelah mendapat maklumat berkenaan kiraan cukai yang ada unsur penipuan dan selitan dokumen palsu untuk mendapatkan jumlah kiraan tidak masuk akal.

Semenjak hal itu LHDN tidak pernah memberi kenyataan rasmi berkenaan cukai terhadap Najib dan kiraan dibuat dari akta dan buku kategori cukai yang mana.

Kini dengan persetujuan mahkamah Persekutuan , maka selain Najib tidak perlu mebayar terlebih dahulu Najib juga boleh mencabar percukaian itu dimahkamah.

Dalam hujah pihak Najib telah pesembahkan sembilan (9) sebab dan alasan dalam penghujahan yang kemudian di terima sebagai ada asas oleh para hakim seramai tiga orang dengan sebulat suara.

 

Leave a Reply