Jangan ligat putar belit bimbang menjerut diri sendiri

Hebahkan !!!

Ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri sendiri. Sanggup lakukan apa sahaja untuk menutup apa kesalahan yang dilakukannya. Kadangkala, ada yang sampai sanggup menipu di sana sini.

Selagi dia masih fikir tiada orang yang mengetahui, selagi itu dia berasa diri dia masih selamat.

Di negara ini, ada satu kumpulan manusia yang gemar memutar belit sejak dahulu lagi demi kepentingan diri mereka sendiri. Mungkin tidak terlalu melulu kalau saya katakan kumpulan ahli politik yang anti-Barisan Nasional (BN) kaki putar belit untuk memenuhi kepentingan mereka iaitu menang pilihan raya.

Tidak kisah apa yang diputar belit dan ditipu asalkan kerusi yang ditandingi mereka menang. Al-kisahnya itulah yang terjadi bagaimana bekas BN jatuh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada tahun 2018 yang lalu.

Orang selalu kata, jangan sampai kena patuk ular dari lubang yang sama dua kali

Jangan lupa juga, jangan ligat terus putar belit sampai dan menjerut leher sendiri pun tak disedari

Gerakan hebat putar belit, hasutan dan fitnah ke atas Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak dijalankan habis-habisan di setiap pelusuk negara semenjak lama sebelum PRU lagi. Malahan, ia diulang-ulang di mana-mana dengan diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ligat sangat mereka putar belit kini, perlahan-lahan mereka terbelit pula dan kemungkinan ia bakal menjerut diri mereka sendiri.

Pada masa itu, Najib tidak digemari oleh Mahathir kerana menjalankan pentadbiran negara tidak mengikut acuan beliau iaitu dengan memberikan projek atau habuan kepada kroni dan dibalas dengan dana yang akan digunakan semasa pilihan raya.

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan tidak ikut cara itu dan membuatkan Mahathir mahu menjatuhkannya. Sebenarnya Pakatan Harapan yang disertai Mahathir ialah alat sahaja kepada beliau untuk menyingkirkan Najib.

Sifat benci Mahathir kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menebal dan takkan pudar. Oleh sebab itu, Anwar tidak diberikan jawatan Perdana Menteri walaupun Mahathir berjanji dan Mahathir buat endah tak endah dengan DAP.

Kenyataan beliau yang dipetik dalam laporan Mstar Online pada 4 Disember 2016 yang menyatakan “Saya silap tentang DAP,” hanyalah sandiwara hendak pancing DAP supaya ikut telunjuknya dalam gerakan menjatuhkan Najib sahaja.

Ceritanya tetap sama tentang air mata Mahthir ketika umum letak jawatan ketika berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) satu masa dulu.

Selesai Najib dan BN jatuh, cukup 22 bulan, Mahathir dulu menjerut PH akibat putar belit mereka dengan letak jawatan. Runtuh kerajaan PH tetapi kerajaan kini jadi tidak stabil.

Kini, Mahathir masih aktif memutar belit dan menyerang Najib kerana itu sahaja yang dimahukan tetapi kini mungkin kerja yang tidak berapa baik dan tembelang semakin terbongkar satu demi satu.

Kes Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) paling menggemparkan bagaimana beliau ada kaitan dengan penubuhan syarikat SRC International Sdn Bhd itu sendiri.

Siasatan sedang berjalan dan selepas itu hasil siasatan akan dikeluarkan kemudian mungkin ada prosiding undang-undang akan dilaksanakan.

Kumpulan dalam PH yang juga ada sama-sama dengan Mahathir juga masih aktif mahu putar belit lagi sampai minta SPRM hentikan siasatan dan guna hujah siasatan jejas perlembagaan dan mencemar institusi kehakiman.

Isunya ialah, hakim berkenaan mungkin sudah melakukan kesalahan jenayah dan bukannya kesalahan berkaitan etika kehakiman.

Orang selalu kata, jangan sampai kena patuk ular dari lubang yang sama dua kali. Jangan lupa juga, jangan ligat terus putar belit sampai dan menjerut leher sendiri pun tak disedari.

Leave a Reply