Max Verstappen jadi juara sulung Grand Prix F1 di Miami

Hebahkan !!!

FLORIDA, Amerika Syarikat – Juara dunia Max Verstappen dari Red Bull memenangi perlumbaan sulung di Grand Prix Miami untuk kemenangan kedua berturut-turutnya dan ketiga musim ini.

Pemandu 24 tahun Belanda itu berjaya menghalang pendahulu kejuaraan Charles Leclerc yang mengejar di saat akhir dan merapatkan jurang kepada 19 mata di belakang pemandu Ferrari itu.

Leclerc mengumpul 104 mata berbanding 85 oleh Verstappen. Ia adalah kemenangan ke-23 dalam karier pemandu Belanda itu.

“Ia Grand Prix yang menakjubkan, amat fizikal, tetapi saya rasa kami menjadikannya menarik sehingga ke akhir perlumbaan.

“Saya amat gembira menang di Miami dan ia Ahad yang hebat buat kami,” kata Verstappen.

Verstappen menamatkan perlumbaan 3.786 saat di depan Leclerc dengan Carlos Sainz dalam Ferrari kedua di tempat ketiga selepas menghalang Sergio Perez yang mengejar di saat akhir.

George Russel di tempat kelima selepas bangkit daripada tempat ke-15 pada pusingan pertama, manakala rakan sepasukan Mercedesnya Lewis Hamilton di tempat keenam.

Leave a Reply