Keluarga Malaysia elemen penting untuk masa depan

Hebahkan !!!

ABU DHABI – Konsep Keluarga Malaysia adalah lambang komitmen kerajaan dalam memupuk perpaduan umat kerana ia merupakan elemen terpenting dalam merangka masa depan yang lebih gemilang bagi sesebuah negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata, meskipun Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan suku kaum, namun telah berjaya mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan antara kaum yang ada.

Berucap sempena persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di sini semalam (Ahad), beliau berkata

Malaysia, negara yang majmuk telah melaksana dan menterjemahkan fiqh al-ta’ayush yang meletakkan tiga prinsip utama dalam membina hubungan persaudaraan yang baik dengan seluruh komponen masyarakat.

”Pertama, persaudaraan sesama Islam (ukhuwah Islamiah), kedua persaudaraan sesama warganegara (ukhuwah wataniyyah) dan persaudaraan sesama manusia (ukhuwah basyariyyah).

“Persaudaraan sesama Islam merupakan idea sosial yang teragung sebagaimana firman Allah SWT ” Innamal mukminun ikhawan,” yang bermaksud:” Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujurat ayat 10)” katanya ketika berucap dalam bahasa Arab pada persidangan itu, di sini.

Idris berkata, ukhuwah basyariyah pula dilandasi oleh persaudaraan yang tumbuh dan berkembang atas nilai-nilai kemanusiaan sejagat tanpa mengira latar belakang kaum, agama, tradisi, kepercayaan dan budaya.

Justeru katanya Malaysia dikenali sebagai negara harmoni kerana menjamin kepelbagaian sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

©Sinar Harian

Leave a Reply