9 Mei 2018, hari kencing Pakatan Harapan “tak lawas”

Hebahkan !!!

Selain hari ini dikenali sebagai hari kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 lalu, ia juga boleh kita anggap sebagai hari kencing PH “tak lawas” kerana kerja penipuan mereka untuk memperdayakan rakyat Malaysia tidak berjaya.

Selepas kerajaan PH yang sudah menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu hanya kekal bertahan selama 22 bulan selepas Perdana Menteri mereka sendiri tidak yakin dengan cara pentadbiran mereka bekerja menguruskan negara Malaysia.

Antara penipuan besar yang dikatakan secara nakal oleh pemerhati politik sebagai “kencing PH” ialah pembentukan Tabung Harapan yang sumbangannya dikatakan akan digunakan untuk membayar hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada masa itu, ramai orang tertipu daripada warga emas sampailah kanak-kanak yang sanggup keluarkan wang simpanan mereka untuk disumbangkan kepada tabung harapan atas alasan untuk elak Malaysia bankrap dek hutang 1MDB.

Tabung berkenaan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada masa itu Lim Guan Eng pada 16 Mei 2019.

Sudahnya, kerajaan Malaysia tidak bankrap dan pembayaran hutang 1MDB dengan wang tabung berkenaan juga dipersoalkan dalam Parlimen.

Paling epik ialah pada 16 Julai 2018, Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan janji PH kepada rakyat adalah sekadar “kena kencing” apabila menyatakan manifesto PH ialah bukan satu ‘kitab suci’ yang wajib dipatuhi dan ditunaikan.

Pada 4 Oktober 2019 pula, Mahathir sekali lagi memperbodohkan rakyat dengan menyatakan PH hanya meletakkan janji yang sukar ditunaikan untuk menang tapi tak sangka kemudian mereka betul-betul menang.

Betapa teruk rakyat Malaysia ditipu pada masa itu.

Kata beliau dalam laporan Malaysikini “Kami ingat kami kalah, kami letaklah perkara susah dalam manifesto,”

Padahal sebagai orang politik, janji yang dicanang setiap kali ceramah kempen mesti ditunaikan selepas menang pilihan raya bukannya tidak ditunaikan atas alasan susah.

Pada masa itu Mahathir mengakui kerajaan PH jadi mangsa kepada manifesto mereka sendiri.
“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

“Tapi sekarang kami jadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Lawasia Constitutional and Rule of Law di Hotel One World, Petaling Jaya pada tarikh itu.

Hasilnya, janji yang sudah jadi penipuan ialah manifesto pelupusan hutang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak ditunaikan. Pelupusan kutipan tol tidak dilaksanakan.

Banyak bantuan dulu yang dibuat oleh kerajaan sebelumnya dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan tetapi kemudian hanya ditukar nama sahaja.

Kemudian, selepas 22 bulan, Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dek sudah pasti kerana beliau sendiri tak yakin dengan barisan kabinetnya. Maklumlah, ketika 22 tahun jadi Perdana Menteri sebelum itu, Mahathir sentiasa menang dua pertiga majoriti dalam pilihan raya.

Leave a Reply