Ramadhan bertukar Syawal .skandal Zeti dan Nazlan masih belum dibuka lagi.

Hebahkan !!!

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua pembaca MyNews.Online.

Mohon maafkan segala kesilapan dari meja Editor jika ada kesalahan dan keterlanjuran dalam menyampaikan berita dan informasi serta rencana politik sepanjang tahun ini.

Walaupun ramai umat Islam terkejut dengan tarikh sambutan bulan syawal, namun itu lah yang diajar kepada umat Islam dalam ibadat puasa , iaitu menahan diri dan sabar.

Ia mengajar umat Islam berkenaan krisis management menghadapi situasi tidak dijangka.

Tarikh sambutan bulan Syawal bukan ikut sesuka hati pihak kerajaan bahkan ditentukan Allah SWT.

Mereka melaksankan apa yang mereka lihat dan saksikan.

Berbalik kepada isu dan topik diatas, dalam kita meraikan hari raya dengan bebasnya tahun ini dimana selama  dua kali hari raya kita tidak dapat menyambut seperti lazim dan tradisi, akibat PKP, jangan kita lupa kerajaan dan pihak penguasa masih behutang jawap dan bertanggung jawap pada dua kes jenayah berprofil tinggi berkaitan bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dan siasatan terhadap Hakim lantikan Tun Mahathir Nazlan Mohd Ghazali berkenaan wang hampir dua juta didalam akaun peribadinya dan juga kenyataan bercanggah dalam hujah nya berkenaan kes Datuk Seri Najib Razak.

Kita harus bertanya kenapa kedua dua kes ini masih tiada pencerahan dan pengumuman dari pihak berkuasa.

Ramai rakyat risau kes cuba di perap dan kemudian terus dilupakan.

Jika kes berkaitan DSNR pihak kerajaan Tun Mahathir telah secara gelojoh merampas harta dan sita akaun DSNR , kenapa masih belum dilakukan perkara yang sama terhadap kedua mereka , Zeti dan Nazlan?

Undang undang apa yang diguna pakai terhadap DSNR dan undang undang apa pula yang dguna pakai terhadap Zeti dan Nazlan?

Mungkin ini beban terhadap pihak konspirasi .

Apa yang mereka lakukan terhadap DSNR kini mereka cuba elak dilakukan terhadap proksi mereka.

Malah ada juga rakyat bertanya berkenaan cukai terhadap Zeti Nazlan dan Rohana.

Sudahkah LHDN ,mengenakan cukai tidak masuk akal terhadap mereka mereka ini seperti yang dikena kan terhadap DSNR?

Pihak LHDN berhutang jawapan kepada rakyat kerana itu wang rakyat.

Akta cukai mana yang DSNR kena dan akta apa pula yang kroni Tun Mahathir ini tidak kena?

Mungkin ini beban dan dosa perbuatan tidak ikut undang undang Negara, lalu apabila dikembalikan hal sama terhadap pihak kroni dan proksi , maka terjerat hendak menjawap kepada rakyat.

Peguam Negara bertanggung jawap kepada rakyat sebagai pemakan gaji dan bukan kepada individu tertentu.

Apa ulasan dan kenyataan bekenaan kes Zeti dan apa kedudukan kertas siasatan itu?

Rakyat ingin tahu sebab kes DSNR membuat mereka bertambah peka.

Jika DSNR boleh kena dakwa sepantas kilat dengan bepuluh kes sempat di siap dalam 22 bulan, apa kah sebab kes Zeti dan Nazlan masih tidak kemana mana lagi?

Memang benar , akibat Najib kena, maka rakyat mahu Zeti dan Nazlan kena juga.

Malah kes rayuan terhadap Najib dijangka akan membuat ramai akan bertanya Zeti dan Nazlan bila hendak kena dakwa?

Kerajaan sendiri yang hukum Najib sebab ada wang dalam akaun nya, kenapa tidak hukum Zeti dan Nazlan Rohana dan Nor Yakob yang ada duit dalam akaun yang mereka jaga dan kawal sendiri?

Maka sama ada pihak yang mencipta kes terhadap Najib sedang terjerut dengan perbuatan sendiri, itu bukan masalah rakyat,

Undang undang dan hukuman mesti sama rata dan ‘every one is not above the law’,

Dikalangan rakyat sudah tersebar nama besar yang dikatakan mastermind kepada konspirasi ini, namun tolak lah itu ketepi dulu, kerana yang penting watak watak yang disebut diatas mesti melalui proses yang sama dilalui oleh DSNR.

Undang undang mesti diamalkan kepada semua rakyat tidak kira mereka siapa pun.

Imej negara pasti tercalar jika ada cubaan sapu bawah karpet berkenaan dua kes jenayah membabitkan dua watak ini.

 

Leave a Reply