Rakyat bertanya , sudah kah LHDN kenakan cukai tidak munasabah terhadap Zeti, Rohana dan Nazlan?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dunia berputas seperti roda, malah lebih sesuai perbuatan terhadap pihak lain akan boomerang kepada pihak sendiri.

Jika bukan Islam ia dinama karma, bagi Islam nama nya kifarah.

What goes around will come around, kata orang putih.

Ketika Datuk Seri Najib dipedajalkan oleh pihak konspirasi untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan DSNR sendiri, mereka guna pelbagai kedah dan cara untuk menambahkan garam kepada pertuduhan yang mereka reka sendiri.

Antara kaedah persepsi untuk perbodohkan rakyat ada lah lakonan merampas harta DSNR di kediaman nya.

Walaupun konon media tidak diizinkan ikut sama , namun gambar sengaja di ‘leak” kan sedikit untuk memberi kesan ‘wow’ faktor kepada rampasan harta Najib.

Kemudian di war war kan rampasan bernilai berbillion ringgit oleh warga Kanada Amar Singh.

Disensasikan lagi konon Polis terpaksa guna mesin kira duit beberapa hari untuk sahkan banyak nya jumlah.

Rampasan pula tidak ikut SOP Polis sendiri kerana hari rampasan mesti di follow up dengan hari dibawa ke mahkamah atau di pulangkan jika tiada kes dibuka,

Kemudian, mereka sedar muncul satu lagi satu Masalah, jika rampasan disahkan cara rasmi di media bernilai berbillion ringgit, maka jumlah harus di pulangkan mesti biliion ringgit juga.

Di situ lah kesan berbohong , bagaimana hendak pulangkan jumlah tidak sama dengan yang di umumkan?

 

Lalu direka skim untuk menutup aib kerana berbohong, ia itu cubaan lucut hak.

Dengan lucut hak maka tidak terdedah bahawa jumlah rampasan tidak sama dengan jumlah di umumkan.

Namun semua gagal belaka,

Kini , bualan raakyat tertumpu kepada dua perkara berkaitan Zeti , Nazlan Ghazali dan Rohana (Astro).

Rakyat ingin tahu berapa kah cukai dikenakan terhadap mereka?

Selain itu kenapa  belum rampas harta Zeti lagi?

Undang undang apa digunakan terhadap Najib dan undang undang apa pula di gunakan terhadap Zeti?

Ada dua kasta undang undang kah dalam negara?

Dan berapakah cukai telah dikenakan terhadap Zeti , Nazlan dan Rohana waima sudah pulangkan wang curian?

Najib sudah pulangkan wang derma pun dicukaikan ikut hawa nafsu Pakatan Harapan.

Sudah lah dikatakan derma kisah dongeng tapi LHDN anggap cukai bukan dongeng pula.

Maka LHDN harus mengadap rakyat dan menjawap sudah kah mereka mengenakan cukai terhadap Zeti, Nazlan dan Rohana?

Jika belum atau tidak, bersedia lah pegawai LHDN menghadapi pengadilan dan risikio dikenakan Tindakan tidak melaksanakan tugas jika kerajaan Barisan Nasional naik berkuasa selepas PRU15.

 

 

 

Leave a Reply