Lokasi debat Anwar dan Najib pada 12 Mei masih belum ditetapkan

Hebahkan !!!

Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak sudahb ditetapkan pada 12 Mei, hanya seminggu lagi namun hingga kini, lokasinya masih belum diketahui.

Pada awalnya, Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) menjadi lokasi pilihan namun pihak universiti tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata beliau dan Pejabat Datuk Seri Najib Razak kini masih mencari tempat bersesuaian.

“Cuma kita tunggu keputusan bersama,” katanya.

Difahamkan, dua lokasi kini menjadi pertimbangan penganjur iaitu Dewan Sivik MBPJ dan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).

Sebelum ini, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta jasa baik pengurusan UM dalam mempertimbang kelulusan bagi penganjuran debat antara Najib dan Anwar.

KMUM berkata penganjuran debat itu akan mencerminkan pembudayaan diskusi ilmiah serta diskusi perihal pembuatan dasar yang perlu dimartabat.

Begitupun, Najib baru-baru ini memaklumkan UM tidak bersetuju dengan pilihan dewan namun debat antaranya dan Anwar akan tetap diteruskan tetapi di lokasi lain.

Kedua-dua tokoh itu akan berdebat berhubung isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu melibatkan hala tuju negara.

©Astro Awani

Leave a Reply