Elok Hamzah cermin diri dahulu sebelum ajak parti politik berunding

Hebahkan !!!

Setiausaha Agung Bersatu semalam, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyebut bahawa semua parti politik mesti duduk bersama berbincang untuk menentukan masa depan rakyat.

Bagaimanapun, apa tahap keikhlasan parti yang hendak berbincang itu untuk benar-benar memenuhi keperluan rakyat. Kemudian, ketika Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, apa kepentingan rakyat yang dipenuhi oleh beliau.

Sebelum hendak berbicara tentang kebajikan rakyat, parti politik perlu mengambil perhatian untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga apabila bergabung dengan apa sahaja parti dalam apa sahaja gabungan.

Jangan apabila sudah bergabung tapi lebih sibuk memenuhi agenda tertentu parti sendiri daripada memenuhi agenda parti bersama dalam satu gabungan.

Semasa Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri hasil sokongan dari pemimpin UMNO ketika konflik politik selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, bagaimana beliau mentadbir kerajaan sampai rakyat marah dan melabelkan kerajaan beliau, kerajaan gagal.

Pada masa itu, pemimpin UMNO hanya diberikan portfolio Menteri yang peranannya agak kecil kepada rakyat berbanding peranan penting yang lain yang diberikan kepada pemimpin Bersatu sendiri walaupun bilangan pemimpin UMNO yang menyokong besar dalam gabungan berkenaan.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tak berkesudahan dengan SOP berubah-ubah serta ada pilih kasih, rakyat tidak dibenarkan bekerja dan berniaga membuatkan pentadbiran Muhyiddin dikecam dan dikritik sampai pelabur juga lari dan angkat kaki.

Pada masa itu, desakan dan permintaan dari pemimpin UMNO kepada Muhyiddin tidak dilayan. Malahan apabila ada Pilihan Raya Kecil (PRK), beliau memilih pula untuk mengecam pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula.

Masa bila kerjasama pada masa itu digunakan untuk membincangkan kepentingan rakyat.

Dengan misi dan matlamat berbeza antara parti-parti yang ada di Malaysia sehinggakan ada parti yang pemimpinnya masih bersemangat hendak jadi Perdana Menteri, bagaimana mereka hendak duduk bersama dan fikirkan rakyat.

Muhyiddin sahaja selepas terdengar mungkin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, begitu pantas beliau mengadakan pertemuan dengan parti Pejuang yang diterajui Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan supaya beliau dapat jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Sekali lagi persoalannya, pada masa bila mereka hendak fikirkan betul-betul tentang kepentingan rakyat.

Pada masa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada sesi ceramah Muhyiddin, apa perancangan untuk rakyat yang beliau cakap. Sepanjang ceramah dok mencela Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin BN yang lain.

Elok Hamzah cermin diri sendiri dahulu dan parti sendiri dahulu sebelum mahu ajak parti lain duduk berunding.

Kalau Bersatu dengar kepentingan rakyat sebelum ini, takkanlah mereka kalah teruk dalam PRN Melaka dan Johor.

Leave a Reply