Saksi beri kenyataan bohong boleh didakwa, bagaimana pula jika hakim yang berbohong?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Jika Lindung puak sendiri , judisiari akan alami defisit kepercayaan rakyat.

Para hakim  berperanan menegak kan keadilan dan kebenaran didalam mahkamah,  itu fungsi utama seorang hakim.

Dihadapan hakim didalam kendang OKT , ada lah orang yang dituduh, tidak kira apa jawatan yang dipegang nya, tetapi yang sedang dibicara ada lah perbuatan dan perilaku nya.

Sama ada orang awam, orang politik atau siapa siapa, yang diperlu jawap ada lah pertuduhan terhadap nya.

Ia sangat ‘straight forward’ dan mudah.

Pada isu terkini, dimana hakim Nazlan Mohd Ghazali yang telah menjatuh hukuman terhadap Datuk Sri Najib Razak dalam kes SRC, dan kemudian nya didapati memiliki sejumlah wang yang tidak dapat dijelaskan sumber nya, maka jelas kredibiliti nya sebagai seorang hakim telah rosak.

Jika pada sesuatu kes dimana saksi itu seorang yang ada rekod jenayah atau rekod kesalahan lampau, pensaksian nya dianggap tiada kredibiliti atas sebab personality saksi itu tidak lagi meyakinkan.

Banyak kes kes dimana para peguam terkadang menyerang pihak lawan pada kredibiliti saksi dengan cuba membuktikan kenyataan nya tidak boleh digunapakai sebab ada isu kepercayaan.

Malah, jika saksi berbohong dibawah sumpah atau didapati berbohong, dia boleh disabit kesalahan memberi keterangan palsu.

Itu berkenaan saksi.

Bagamana pula jika hakim yang berbohong atau didapati berbohong?

Masih boleh diguna pakai kah lagi argumen  nya dan hujah hujah nya Ketika menjatuhkan hukuman?

Lebih dasyat lagi, hakim Nazlan tidak mengistiharkan diri nya ada terkait sama didalam kes yang dia sendiri mendengar.

Tambah buruk lagi, Nazlan didapati  ada kepentingan peribadi dan tidak telus.

Nazlan, sepatutnya berlaku jujur dengan menarik diri dari mendengar kes (recuse)

Jika di lihat pada kenyataan Nazlan pada hujah hukuman nya , jelas terdapat percanggahan fakta dan jelas terlihat satu pembohongan.

Seperti tersebar dokumen Maybank dimana Nazlan didalam komiti yang meluluskan cadangan menubuhkan SRC dan Maybank menjadi bank yang menguruskan nya.

Maka ia boleh dikira sebagai “blatant lie” dan penipun disiang hari.

Datuk Najib telah dirompak hak kebenaran nya dengan hal ini.

Maka , di sini, pihak judisiari tidak sepatut nya menakut kan pihak lain dengan ‘jargon’ undang undang berkenaan satu satu kes yang sangat “straight forward” ini.

Reputasi Nazlan sudah ‘tarnished’ sebaik sahaja di disiasat oleh Polis dan kemudian nya Pihak Polis berdiam diri seolaho lah ada sesuatu.

Tidak henti di situ, Nazlan juga kemudian nya disiasat pula oleh SPRM.

Hanya LHDN sahaja belum umum berkenaan pencukaian wang terhadap RM1 juta lebih didalam akaun Nazlan yang dimasuk kan sebanyak 11 transaksi.

Konklusi kepada isu hakim tidak jujur ini, seharus nya tidak dipertahan kan oleh ban judisiari.

Ia menampak kan pertahan puak sendiri dan tidak neutral dalam keadilan.

Institusi undang undang atau kehakiman sepatut nya menjadi tunjak keadilan dan tempat seluruh rakyat bergantung , bukan menjadi badan ekslusif seperti klub klub VIP.

Badan kehakiman juga tidak harus dilihat menjadi ‘barua’ kepada mana mana individu termasuk hakim yang ada isu integriti dan reputasi.

Gaji para hakim datang dari duit rakyat, bukan dari mana mana oihak.

Jika badan kehakiman memilih untuk melindung puak sendiri dan menuduh mereka yang membangkit kan isu jenayah seorang ahli nya sebagai serangan kepada badan kehakiman, maka malang lah rakyat Malaysia.

Tidak menghairan kan rakyat yang tidak bersekolah tinggi pun boleh meneka keputusan sesuatu kes sebelum para Yang arif membuat sebarang keputusan.

Mereka bukan Tuan yang Arif, tapi lebih tahu seorang OKT akan kena atau tidak pada sesuatu kes dengan hanya memerhati kelakuan judisiari dan condong mereka kemana.

Salah siapa jika imej para hakim sudah tecalar oleh kalangan mereka sendiri.

 

 

Leave a Reply