Mohd Nazlan mungkin boleh berlindung di bawah “Khemah Besar”

Hebahkan !!!

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini sedang menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali nampaknya cuba dilindungi oleh pemimpin dari parti Pakatan Harapan (PH) senang cerita parti anti-Barisan Nasional (BN).

Siasatan dimulakan ekoran pendedahan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan transaksi wang berjumlah kira-kira RM1 juta dimasukkan ke dalam akaunnya disyaki wang diterima dari jutawan Jho Low.

Sehingga ke hari ini, pemimpin DAP dan Amanah antara yang membuat kenyataan melindungi Mohd Nazlan.

Mereka bukan sahaja melindungi malahan cuba untuk mendesak supaya siasatan dihentikan. Walaupun di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memang ada seksyen yang membenarkan pihak SPRM membuat siasatan berkenaan.

Nampaknya, Mohd Nazlan mungkin menggunakan parti-parti dalam PH untuk berteduh dan berlindung di bawah ‘khemah besar’ bersama para pemimpin berkenaan.

Dari sumber pemerhati politik lain, banyak pihak mahu pihak SPRM melengkapkan siasatan kerana ia penting kepada perjalanan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang syarikat SRC International Sdn Bhd.

Ini kerana, dalam kes berkenaan didedahkan ada penglibatan Mohd Nazlan bersama Maybank dari awal penubuhan SRC International lagi.

Dalam dokumen petisyen rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan, dinyatakan bahawa pihak Maybank yang mencadangkan supaya syarikat SRC ditubuhkan dan bukannya oleh Najib seperti yang dikatakan oleh Mohd Nazlan dalam alasan penghakimannya.

Ramai juga yang berminat dengan usaha sungguh-sungguh pemimpin pembangkang yang mahu menutup siasatan kes Mohd Nazlan ini. – MY NEWS ONLINE

Leave a Reply