Seorang lagi rakyat Malaysia akan digantung esok di Singapura

Hebahkan !!!

SINGAPURA – Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan akan menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara republik berkenaan.

Menurut laporan portal Malaysiakini, K Datchinamurthy, 36, dijadual akan menjalani hukuman sama dua hari selepas D Nagaenthran, 34.

Kedua-dua mereka ditahan, dibicarakan dan dihukum mati atas kesalahan dadah.

Jadual pelaksanaan hukuman ke atas Datchinamurthy itu dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang bertarikh 22 April lalu.

Pemuda itu menjalani menanti hukuman itu di Penjara Changi sejak 2015.

Sebelum itu dia ditahan dan didakwa atas tuduhan mengedar 44.9 gram diamorphine yang juga dadah yang diperbuat daripada heroin.

Datchinamurthy ditahan bersama seorang wanita Singapura pada 18 November 2011.

Wanita terbabit bagaimanapun dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Singapura.

Untuk rekod, republik berkenaan adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang antidadah paling tegas di dunia.

Leave a Reply